Tuesday, December 4, 2018

Revival : The journey of faith

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : The journey of Faith


1 Samuel 18:14  And David behaved wisely in all his ways, and the LORD [was] with him.

1 Samuel 18:14 (TB)  Daud berhasil di segala perjalanannya, sebab TUHAN menyertai dia.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #338. Tahukah anda bahawa keberhasilan kita di dalam perjalanan iman ini adalah apabila Tuhan yang menyertai kita? Penyertaan Tuhan jauh melampaui situasi yang dialami Daud. Ini terbukti pada karya Tuhan yang terjadi dalam hidup dan pekerjaannya sebagai seorang gembala. Memang banyak orang yang berhasil kerana kerja kerasnya. Itu bagus. Namun perlu diingat, sebagai orang percaya, jauh lebih penting bagi kita untuk menyedari ialah penyertaan Tuhan di dalam hidup dan pekerjaan kita. Penyertaan Tuhan juga tidak dibatasi faktor geografi. Semua tempat adalah milik-Nya dan Ia berkuasa di atasnya.  Penyertaan Tuhan terjadi kerana Ia adalah kasih karunia-Nya kepada kita. Kerana Dia tahu bahawa kita tidak mampu menjalani hidup ini seorang.

☕ 🍞 Keberhasilan  Daud berjaya dalam segala tugas yang diperintahkan oleh Saul lalu melantik dia menjadi pegawai tentera. Hal itu menyenangkan hati semua pegawai tentera dan anak buah Saul.

Keberhasilan ini terjadi kerana :

🔴 Penyertaan Tuhan
🔴 Iman kepercayaan Daud
🔴 Gaya hidup Daud yang menyembah Allah

Bagi orang yang percaya kepada-Nya, kita haruslah mengakui Tuhan di dalam segala aspek kehidupan kita. Kita juga harus imani bahawa Tuhan itu ada dan dia menyertai kita di dalam setiap musim kehidupan kita. Keberhasilan ini juga terjadi apabila kita tidak lupa memperkatakan kitab Taurat ini, tetapi merenungkannya  siang dan malam, supaya anda bertindak hati-hati sesuai dengan segala yang tertulis di dalamnya, sebab dengan demikian perjalanan anda akan berhasil dan anda akan beruntung.

Setiap kita ada perjalanan imannya yang sendiri. Keberhasilan itu terletak pada kepercayaan anda kepada Tuhan Yesus dan juga penyertaan Tuhan Yesus. Sejauh mana anda mau percaya kepada Tuhan Yesus? Janganlah bergantung dan bersandar kepada pemahaman serta pengertian manusia tetapi lihatlah kepada penyertaan Tuhan di dalam hidup anda. Walk the journey of faith boldly and confidently knowing that God is right beside you. Apakah respon anda hari ini....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: