Saturday, November 9, 2019

Revival : The cost of following Jesus

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : The cost of following Jesus

Mark 10:22  But he was sad at this word, and went away sorrowful, for he had great possessions.

Markus 10:22 (TB)  Mendengar perkataan itu ia menjadi kecewa, lalu pergi dengan sedih, sebab banyak hartanya.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #313. Tahukah anda bahawa bahawa mengikuti Yesus memerlukan komitmen serta pengorbanan? Mampukah harta memberikan kehidupan kekal? Jangankan hidup kekal, kesehatan atau kebahagiaan saja pun tak mampu diberikan oleh harta! Ada dua hal penting yang harus pengikut sejati Kristus camkan. Pertama, barangsiapa mengerti dan memahami perintah Allah ia akan rela meninggalkan segala sesuatu kerana dan demi Kristus. Kedua, barangsiapa tidak mengikut Yesus membuktikan bahawa ia tidak dapat memahami perintah Allah, walaupun semua perintah itu telah dilakukannya sejak masa mudanya.

☕ 🍞 Melepas harta sebagai pegangan hidup dan memilih ikut Tuhan sepenuhnya adalah perkara iman! Tidak akan ada orang yang sangggup untuk menyelesaikannya dengan kekuatan sendiri. Hanya anugerah Tuhan yang akan menyanggupkan seseorang melepas harta dan mengikut Tuhan. Bukan juga bermaksud bahawa kita harus jadi miskin papa kedana untuk mengikut Tuhan Yesus 😂 😂 😂. Mungkin di dalam hidup kita ada harta yang berhala yang menjadi penghambat di dalam mengikuti Yesus. Nah, itu kita harus lepaskan. Mungkin berhala Anda bukan harta, tetapi takhta, atau kuasa, keinginan seksual yang melampau, kecurangan, penzinahan, atau yang lainnya. Anda merasa harus mempertahankan semua itu agar Anda selamat.  Semakin Anda mempertahankannya, semakin hal itu membelenggu Anda. Dosa tidak dapat menyelamatkan kita. Tetapi dari dalam dosa itu, apabila kita berseru kepada Tuhan Yesus, Dia pasti akan menyelamatkan kita. Anak muda ini pergi dengan rasa sedih kerana tidak dapat mengikuti Yesus oleh kerana hartanya yang banyak. Dia tidak sanggup melepaskan semua itu. Tetapi saat kita di dalam dosa, Yesus sanggup meninggalkan surga dan takhta-Nya datang ke dunia ini untuk menyelamatkan kita. 

Semua orang harus sadar bahawa tidak ada sesuatu apapun yang dapat dilakukan untuk memperoleh hidup kekal. Hidup kekal hanya dapat diperoleh dengan harga yang sangat mahal. Dan hanya Yesuslah yang dapat membayar harga itu. Adakah anda sanggup meninggalkan semua untuk mengikut Tuhan Yesus? Bagaimana dengan anda? Apakah respon anda hari?

You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: