Thursday, November 14, 2019

Revival : Endures to the End

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Endures to the end 

Mark 13:13  And you will be hated by all for My name's sake. But he who endures to the end shall be saved.

Markus 13:13 (TB)  Kamu akan dibenci semua orang oleh karena nama-Ku. Tetapi orang yang bertahan sampai pada kesudahannya ia akan selamat."


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #318. Tahukah anda bahawa kita harus tetap setia dan bertahan sampai akhir? Ketabahan iman dan ketekunan dalam kesetiaan kepada Kristus adalah syarat alkitabiah untuk keselamatan terakhir. Orang-orang yang percaya kepada Tuhan Yesus dibenci bukan kerana ada yang salah dengan mereka. Juga bukan kerana mereka telah melakukan suatu kesalahan. Sebaliknya, mereka akan dibenci kerana nama Kristus, kerana mereka disebut dengan nama-Nya, memanggil nama-Nya, memberitakan nama-Nya, dan mengadakan mujizat-mujizat di dalam nama-Nya. Dunia membenci mereka kerana Kristus mengasihi mereka. Namun demikian, pekerjaan yang merupakan tugas panggilan mereka harus dijalankan dan akan berhasil, kendati semua perlawanan yang harus mereka hadapi ini  "Injil harus diberitakan kepada semua bangsa".

☕ 🍞 Perkara ini masih terjadi sampai ke hari ini. Orang Kristian dibenci kerana menyatakan Injil dan nama Yesus. Biarpun demikian, kita harus tetap setia dan bertahan sampai akhir. Jangan oleh kerana penentangan yang terjadi maka kita pun berputus asa dan meninggalkan Yesus. Walaupun orang Kristian menderita, dibenci, dan dibunuh, Yesus memberi jaminan bahawa Roh Allah akan senantiasa menyertai hidup mereka. Bahkan Allah akan mengaruniakan hikmat-Nya pada mulut mereka untuk menyaksikan Kristus bagi orang banyak. Lebih dari itu, Yesus berjanji bahawa setiap orang yang mempertahankan iman kepada Kristus dan rela mati demi keyakinan yang dipercayainya, maka hidup kekal menjadi upah mereka.

Sebagai seorang pengikut Kristus, Kita haruslah bersiap sedia. Biar apa pun yang terjadi, tetap setia dan bertahan sampai akhir. Ingatlah dan lakukanlah tugas panggilan anda dengan setia. Jangan kerana penderitaan dan dibenci oleh orang lain, maka kita mulai mundur daripada Tuhan Yesus dan tidak melakukan apa yang dipercayakan kepada kita oleh Tuhan Yesus. Bagaimana dengan anda? Apakah respon anda hari ini?

You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: