Saturday, November 30, 2019

Revival : Why do you seek Him?

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Why do you seek Him?

Luke 5:15  However, the report went around concerning Him all the more; and great multitudes came together to hear, and to be healed by Him of their infirmities.

Lukas 5:15 (TB)  Tetapi kabar tentang Yesus makin jauh tersiar dan datanglah orang banyak berbondong-bondong kepada-Nya untuk mendengar Dia dan untuk disembuhkan dari penyakit mereka.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #334. Tahukah anda bahawa terkadang kita mencari Tuhan Yesus hanya sekadar memenuhi keperluan kita saja? Dalam petikan firman Tuhan ini, kita dapat melihat bahawa orang ramai berbondong-bondong datang kepada-Nya untuk mendengar Dia, dan untuk menerima pengajaran dari-Nya mengenai kerajaan Allah. Mereka datang untuk disembuhkan dari penyakit mereka. Hal itulah yang mendorong mereka untuk datang dan mendengar Dia. Namun, itulah juga yang meneguhkan dan menyokong pengajaran-Nya.

☕ 🍞 Dalam menjalani kehidupan kekristenan ini, adakah kita mengikuti Yesus hanya sekadar memenuhi keperluan diri kita ataupun kita benar-benar dan sungguh-sungguh mengikut Yesus? Orang banyak yang berbondong-bondong mengikut Yesus untuk mendengarkan pengajaran-Nya. Mereka berasal daripada pelbagai tempat. Mereka mengikut Yesus mungkin juga kerana melihat mukjizat dan mengalami kuasa-Nya. Kita lihat bahawa orang yang mengikut Yesus ada yang kerana dipanggil secara khusus, ada juga yang disebabkan oleh alasan atau keperluan tertentu di dalam hidupnya, yang harus dipenuhi. Ini tidak bisa disalahkan, sepanjang orang tidak menjadikan hal itu sebagai tujuan dalam mengikut Yesus sehingga ketika keperluannya terpenuhi, Yesus pun dilepaskan. Contohnya, seorang yang kuat melayani Tuhan tiba-tiba kedengaran dia meninggalkan Yesus mungkin kerana cinta dengan orang yang tidak seiman, godaan dunia, mungkin kerana tidak tahan uji dan apa sekalipun alasannya, dia bukanlah seorang PENGIKUT KRISTUS. Dia melayani kerana ada keperluan dan melayani kerana itu ada "pekerjaannya". Seorang pengikut Kristus Yesus akan tetap berpegang teguh kepada Tuhan Yesus biar apapun situasi kehidupan mereka dan terus melayani dan terus percaya kepada Tuhan Yesus. 

Yang mana satu kita? Kristian ikut-ikutan ataupun benar-benar sungguh-sungguh mengikuti Yesus? Saya mengikuti Tuhan Yesus bukan kerana mengejar mujizat-Nya, biarpun saya ada keperluan untuk mujizat-Nya namun itu tidak menjadi fokus utama saya. Saya mengikuti Tuhan Yesus oleh kerana kasih dan kemurahan atas hidup saya sehingga Dia sanggup mati bagi dosa saya. Saya mau tetap setia sampai akhir. Bagaimana dengan anda..? Apakah respon anda hari ini..?

You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: