Wednesday, July 4, 2018

Revival : Incorruptible Seed

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣

Revival : Incorruptible Seed

1 Peter 1:23 (NKJV)  having been born again, not of corruptible seed but incorruptible, through the word of God which lives and abides forever,

1 Petrus 1:23 (TB)  Karena kamu telah dilahirkan kembali bukan dari benih yang fana, tetapi dari benih yang tidak fana, oleh firman Allah, yang hidup dan yang kekal.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #185. Tahukah anda bahawa kita telah dilahirkan kembali oleh benih firman Tuhan yang hidup dan berkuasa? Firman Allah merupakan benih kehidupan dan menjadi dasar kelahiran ilahi. Karena firman itu kita juga mampu berlaku sesuai dengan kehendak Allah. Firman Tuhan itu kekal sampai selama-lamanya, tidak berubah dan sekaligus menjadi sumber yang tidak habis-habisnya mengisi kehidupan orang-orang percaya. Jika kasih Yesus dan firman kebenaran Tuhan sungguh mendiami hati kita, kita akan bertumbuh menyerupai Yesus. Firman Allah tetap untuk selama-lamanya. Semua usaha manusia dan roh yang ada di dunia harus senantiasa diuji dengan Alkitab dan bukan sebaliknya. Mereka yang membengkokkan Firman Allah agar sesuai dengan gaya cendekiawan dan standar dari angkatannya, mengkhianati "Firman Allah yang hidup dan yang kekal".

☕ 🍞 Firman Tuhan ini dengan jelas sekali mengatakan bahawa, "kita dilahirkan kembali bukan dengan benih yang fana, yang boleh binasa melainkan daripada benih yang tidak dapat dibinasakan iaitu Firman Tuhan. Lahirnya daripada benih yang fana, tunggu masa saja untuk kebinasaannya tetapi yang lahir daripada benih firman Tuhan akan hidup selamanya. Taburan benih firman Tuhan yang hidup yang jatuh di atas tanah yang subur akan menghasilkan tumbuhan serta buah yang berkualiti tinggi. Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Allah. Mereka menjadi anak Allah bukan dengan jalan dilahirkan oleh manusia, tetapi Allah sendiri menjadikan mereka anak-anak-Nya.

Yesus menjawab, kata-Nya: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika seorang tidak dilahirkan kembali, ia tidak dapat melihat Kerajaan Allah." Apa yang dilahirkan dari daging, adalah daging, dan apa yang dilahirkan dari Roh, adalah roh. Firman Tuhan berkuasa untuk menghidupkan kembali apa yang telah mati, iaitu kerohanian kita. Apabila kita menerima benih firman Tuhan yang hidup, ia akan menghidupkan kita kembali, "melahirkan" kita kembali sebagai ciptaan yang baru. Ini semua terjadi apabila kita terbuka kepada pekerjaan Firman-Nya di dalam hidup kita. Roh Tuhan memberikan kehidupan, firman-Nya membentuk kepribadian serta kehidupan seseorang. Anda dilahirkan kembali oleh Firman Tuhan dan bukannya benih duniawi ini. Jadi, buanglah segala kejahatan dan beribadah sungguh-sungguh kepada Tuhan Yesus. You are not a corruptible seed, but an incorruptible seed. Use it for His glory. Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: