Wednesday, August 8, 2018

Revival : A living offering

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣

Revival : A living offering

Genesis 4:4-5 (NKJV)
4 Abel also brought of the firstborn of his flock and of their fat. And the Lord respected Abel and his offering,
5 but He did not respect Cain and his offering. And Cain was very angry, and his countenance fell.

Kejadian 4:4-5 (TB)
4 Habel juga mempersembahkan korban persembahan dari anak sulung kambing dombanya, yakni lemak-lemaknya; maka TUHAN mengindahkan Habel dan korban persembahannya itu, 
5 tetapi Kain dan korban persembahannya tidak diindahkan-Nya. Lalu hati Kain menjadi sangat panas, dan mukanya muram.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #220. Tahukah anda bahawa kita harus memberikan persembahan kita yang terbaik untuk Tuhan? Tuhan menerima persembahan Habel kerana dia menghampiri Allah dengan iman yang benar dan pengabdian kepada kebenaran. Persembahan Kain ditolak kerana ia tidak memiliki iman yang taat dan perbuatannya jahat. Allah berkenan atas persembahan dan ucapan syukur hanya apabila kita sungguh-sungguh berusaha hidup benar sesuai dengan kehendak-Nya. Kain membawa hasil tanah, apa pun yang boleh didapati tangannya, yang tidak ditumbuhkannya sendiri atau yang tidak laku dijual. Tetapi Habel memilih-milih terlebih dahulu korban persembahannya: bukan yang cacat, atau yang kurus, atau yang buangan, melainkan anak sulung kambing dombanya – yang terbaik yang dimilikinya, dan lemak-lemaknya – yang terbaik dari segala yang terbaik. Dari sini para cendekiawan Yahudi memberikan aturan umum bahawa segala sesuatu yang dipersembahkan bagi nama Allah yang baik haruslah yang paling menyenangkan dan paling baik. Layaklah bila Dia sebagai yang pertama dan terbaik mendapat yang pertama dan terbaik pula dari waktu, kekuatan, dan pelayanan kita.

☕ 🍞 Terkadang kita memberontak terhadap Tuhan dari segi persembahan kita kepada-Nya. Habel memberikan yang terbaik dia miliki kerana iman dan ketaatannya kepada Tuhan. Kerana beriman, Habel mempersembahkan korban yang lebih baik daripada korban yang dipersembahkan oleh Kain kepada Allah. Dengan imannya itu, Habel diterima oleh Allah sebagai orang yang baik, oleh sebab Allah menerima persembahannya. Sometimes we give our second best to God and we wonder why we are not blessed, why the ministry isn't growing, why this and why that. Jikalau kita mengatakan bahawa kita memberikan yang terbaik kepada Tuhan, maka berikanlah segala yang terbaik yang anda miliki. Persembahan anda bukan hanya daripada persepuluh daripada segala hasil anda, it is more than that. Masa anda, persekutuan anda, iman anda, pelayanan anda, kasih anda, kesungguhan anda, kesanggupan anda, semuanya itu Tuhan tuntut daripada kita.

Saudara dan saudari sekalian, jikalau kita memberikan yang terbaik kepada Tuhan, maka sudah pasti kita tidak akan kecewa jika Tuhan tidak menerima persembahan kita. Disebabkan Tuhan menerima persembahan Habel dan menolak persembahan Kain, maka Kain menjadi cemburu. Kecemburuan itu telah berakhir dengan kematian. Kain membunuh Habel. Terkadang kita merasa cemburu kenapa orang lain memiliki semua yang bagus tetapi kita masih sama macam dulu saja. Soalan yang harus kita tanya adalah, "ADAKAH SAYA SEDANG MEMBERIKAN YANG TERBAIK KEPADA TUHAN?". Biarlah hidup kita menjadi satu korban yang harum kepada Tuhan. Apakah respon anda hari ini.....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: