Wednesday, August 29, 2018

Revival : Your birth rights

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Your birth rights


Genesis 25:31-32 (NKJV)
31 But Jacob said, "Sell me your birthright as of this day."
32 And Esau said, "Look, I am about to die; so what is this birthright to me?"

Kejadian 25:31-32 (TB)
31 Tetapi kata Yakub: "Juallah dahulu kepadaku hak kesulunganmu."
32 Sahut Esau: "Sebentar lagi aku akan mati; apakah gunanya bagiku hak kesulungan itu?"


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #241. Tahukah anda bahawa terkadang kita sebagai anak-anak Tuhan lupa akan hak anak sulung yang  kita miliki? Hak kesulungan (yaitu, hak yang dimiliki oleh anak sulung) terdiri atas kepemimpinan dalam ibadah dan keluarga; bagian ganda dalam harta warisan  dan hak memperoleh berkat perjanjian yang dijanjikan Allah kepada Abraham. Dengan menjual hak kesulungannya Esau menunjukkan bahawa dia memandang rendah berkat-berkat Allah dan janji-janji dari perjanjian. Ia bodoh ketika memilih kesenangan-kesenangan sesaat sebagai pengganti berkat-berkat jangka panjang. Jadi, ia "memandang ringan hak kesulungan". Yakub, pada pihak lain, menginginkan berkat-berkat rohani masa depan, dan dari dialah lahir kedua belas suku Israel.

☕ 🍞 Terkadang kondisi gereja juga dalam keadaan sedemikian di mana mereka lupa bahawa mereka memiliki hak sebagai anak sulung. Sepertimana Yesus katakan di Lukas 15:28-31 (TB),

28 Maka marahlah anak sulung itu dan ia tidak mau masuk. Lalu ayahnya keluar dan berbicara dengan dia.
29 Tetapi ia menjawab ayahnya, katanya: Telah bertahun-tahun aku melayani bapa dan belum pernah aku melanggar perintah bapa, tetapi kepadaku belum pernah bapa memberikan seekor anak kambing untuk bersukacita dengan sahabat-sahabatku.
30 Tetapi baru saja datang anak bapa yang telah memboroskan harta kekayaan bapa bersama-sama dengan pelacur-pelacur, maka bapa menyembelih anak lembu tambun itu untuk dia.
31 Kata ayahnya kepadanya: Anakku, engkau selalu bersama-sama dengan aku, dan segala kepunyaanku adalah kepunyaanmu.

Anak sulung ini menjadi marah kerana bapanya sanggup mengadakan pesta dan jamuan makan untuk adik bongsunya yang telah menghabiskan segala harta bapanya. Anak sulung ini cemburu kerana selama ini bapanya tidak buat apa pun untuk dia. Bapanya menjawab "Anakku, engkau selalu bersama-sama dengan aku, dan segala kepunyaanku adalah kepunyaanmu". Nah, saudara dan saudari sekalian kita diibaratkan sebagai anak sulung ini. Kita pandang rendah dengan janji-Nya dan tidak mengendahkan hak anak sulung yang kita punyai lalu kita menjadi marah kerana tidak mendapat apa-apa yang dijanjikan oleh Tuhan. Padahal, Tuhan Yesus telah berfirman... "segala kepunyaanku adalah kepunyaanmu..." Tunggu masa kita minta, terima dan nikmati janji-Nya sahaja.

Esau memandang ringan hak kesulungannya berarti ia memandang ringan perjanjian Allah dengan Abraham dan Ishak yang akan diwariskan kepada keturunan Ishak yang memiliki hak kesulungan. Ini menunjukkan bahwa ia tidak percaya terhadap perjanjian Allah itu. Sebab itu ia dikecam. Ia bertindak atas kehendaknya sendiri, untuk itu ia harus bertanggung jawab. Janganlah disebabkan anda mau merasakan kesenangan duniawi lalu anda sanggup mengorbankan hak anda sebagai anak sulung. Disebabkan oleh itulah kita tidak merasakan janji-Nya serta berkat Tuhan di dalam hidup kita. Mungkin anda telah bertahun-tahun melayani Tuhan, dan anda merasakan bahawa masih belum melihat janji-Nya dan berkat-Nya di dalam hidup anda lalu anda menjadi stress, cemburu, iri hati dengan orang lain yang diberkati dan menikmati janji-Nya. Soalannya di sini, adakah anda sedar bahawa anda memiliki hak kesulungan itu? You have direct access to God and you can ask Him whatever you want. Tetapi selalunya kita lupa akan status kita sebagai anak-anak Tuhan dan tidak menikmati janji-Nya. Apakah respon anda hari ini....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: