Saturday, August 18, 2018

Revival : Desert Experience

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣

Revival : Desert Experience

Genesis 16:7-8 (NKJV)
7 Now the Angel of the Lord found her by a spring of water in the wilderness, by the spring on the way to Shur.
8 And He said, "Hagar, Sarai's maid, where have you come from, and where are you going?" She said, "I am fleeing from the presence of my mistress Sarai."

Kejadian 16:7-8 (TB)
7 Lalu Malaikat TUHAN menjumpainya dekat suatu mata air di padang gurun, yakni dekat mata air di jalan ke Syur.
8 Katanya: "Hagar, hamba Sarai, dari manakah datangmu dan ke manakah pergimu?" Jawabnya: "Aku lari meninggalkan Sarai, nyonyaku."

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #230. Tahukah anda bahawa setiap kita pasti akan mengalami situasi "padang gurun" dalam kerohanian kita? Setiap orang yang percaya pasti akan mengalami pengalaman padang gurun di dalam perjalanan kerohanian mereka. Ada yang berakhir dengan kemenangan, ada juga yang berakhir dengan kegagalan dan kekecewaan. Hari ini kita akan melihat kepada cerita Hagar di mana dia ditindas oleh Sarai sehingga dia melarikan diri. Di dalam keadaan putus asa Hagar melarikan diri ke tanah airnya, yaitu Mesir. Secara hukum dia masih merupakan seorang budak yang tidak berhak untuk melarikan diri. Sekalipun demikian, situasi tampaknya sudah tidak tertahankan lagi sehingga lari merupakan satu-satunya jalan untuk bebas. Mungkin Hagar beranggapan bahawa dia dapat menemukan kesejahteraan dan hidup yang tenang di negerinya sendiri.

☕ 🍞 Di dalam ketenangan padang gurun itu, Hagar berhadapan dengan malaikat Tuhan, yang telah datang kepadanya membawa petunjuk, pengharapan, dan ketenangan pikiran. Penampilan ini merupakan kunjungan tercatat pertama dari malaikat Tuhan ke bumi. Itu adalah saat yang penting luar biasa. "Malaikat" ini bukan makhluk ciptaan namun  Allah sendiri, yang menyatakan diri kepada Hagar. Dalam kemarahan, Sarai menindas Hagar sampai ia melarikan diri. Namun Tuhan membela Hagar, menyuruh dia kembali kepada Sarai. Tuhan menjanjikan perlindungan dan akan membuat keturunannya menjadi banyak. Tuhan juga berfirman bahawa Hagar akan melahirkan seorang anak laki-laki yang akan dinamai Ismael kerana "Tuhan telah mendengar" tentang penindasan atas dia.

Pada masa itu, Sarai menjadi masalah Hagar kerana Sarai menindas Hagar lalu kerana tidak tahan maka dia melarikan diri. Running away from your problems is not the best thing to do. It is not a good solution. Orang-orang yang berkemenangan atas imannya adalah orang-orang yang berdiri teguh dan menghadapinya. Nah, saudara dan saudari sekalian. Di sini ada pengajaran yang boleh kita ambil dan praktikkan. Selalunya, dari pengalaman saya sendiri, di "padang gurun" itulah Tuhan Yesus selalu menemukan saya dan memberikan harapan untuk terus percaya dan maju. Kita memikirkan bahawa Tuhan tidak mendengar pergumulan kita tetapi sebenarnya Dia mendengar. Kita cuba untuk melarikan diri daripada masalah kita, tetapi TUHAN datang berjumpa dengan kita di tengah-tengah badai yang sedang kita alami. Tuhan Yesus menyertai kita di dalam setiap musim kehidupan kita dan tak pernah Dia meninggalkan kita. Berbalik kepada cerita Hagar, apa yang terjadi? Tuhan menyuruh dia kembali semula kepada Sarai. Walaupun demikian, Tuhan memberikan janji-Nya kepada Hagar. Janji yang penuh dengan harapan. Biarpun kita melewati badai atas apa jua masalah, janganlah lari kerana pelepasan anda terjadi dari dalam masalah itu. Daniel wasn't delivered out of the lion's den, but he was delivered in the lion's den. Mujizat anda terjadi dari dalam masalah dan badai yang sedang anda lewati. Hallelujah 🙌 🔥 🔥 🔥 🔥! Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: