Monday, March 11, 2019

Revival : It's for eternal

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : It's for eternal


Ecclesiastes 3:14  I know that whatever God does, It shall be forever. Nothing can be added to it, And nothing taken from it. God does [it,] that men should fear before Him.

Pengkhotbah 3:14 (TB)  Aku tahu bahwa segala sesuatu yang dilakukan Allah akan tetap ada untuk selamanya; itu tak dapat ditambah dan tak dapat dikurangi; Allah berbuat demikian, supaya manusia takut akan Dia.



Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #70. Tahukah anda bahawa pekerjaan Tuhan di dalam hidup kita adalah untuk berkekalan? Orang yang mempercayai bahawa rancangan Tuhan adalah kehendak-Nya yang terbaik meski terkadang "sakit" ia rasakan  dapat mensyukuri masa hidup yang Tuhan sediakan baginya. Ia juga tidak mudah mengeluh kerana ia tahu bahawa Tuhanlah yang merencanakan masa hidupnya yaitu hidup untuk kemuliaan-Nya. Yang penting untuk diingat adalah Tuhan meminta kita untuk dapat menggunakan masa hidup ini dengan sebaik-baiknya kerana sekali masa hidup kita itu lewat maka "ia tidak akan kembali" lagi.

☕ 🍞 His marvellous works in our lives is for eternal purpose. It is not a temporary thing but it's for eternal purpose. Rencana Tuhan mengenai hidup kita adalah sangat indah dan luarbiasa. Oleh kerana itu, kita diberikan kesempatan untuk hidup di dalam rencana-Nya dan melakukan kehendak-NYA. Hidup ini adalah kesempatan untuk melayani Tuhan Yesus. Jangan sia-siakan waktu yang Tuhan Yesus sudah berikan. Pergunakanlah hidup ini untuk menjadi berkat dan tetaplah setia sampai akhir. Allah menciptakan manusia segambar dan serupa dengan-Nya. Kepada manusia diberi pengertian berupa akal dan pikiran melebihi ciptaan lain. Juga dalam hal menikmati hidup ini. Justru dengan menyedari bahawa segala sesuatu di tangan Allah dan diatur sesuai kehendak-Nya, kita belajar mengakui ketergantungan kita akan Dia.  Rancangan TUHAN adalah untuk selama-lamanya, dan tujuan-Nya tidak pernah berkesudahan.

Secara pribadi bagi saya, ia adalah satu keistimewaan untuk hidup di dalam rencana-Nya dan melakukan kehendak-NYA kerana saya tahu bahawa tidak ada satupun rencana Tuhan Yesus mengenai hidup saya akan gagal. Jikalau anda masih ragu-ragu untuk memberikan hidup anda sepenuhnya kepada Tuhan Yesus, nah inilah masanya. Jangan tunggu lama-lama lagi. Biar Tuhan Yesus yang mengendalikan hidup kita. Rencana-Nya sungguh-sungguh indah. Rancangan kita mungkin akan gagal tetapi rencana-Nya tidak akan pernah gagal. Bagaimana dengan anda...? Apakah respon anda hari ini....?



You are the revivalist...!
#SpreadRevival #GreaterMovement

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: