Tuesday, March 5, 2019

Revival : Spiritual "amnesia"

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : Spiritual "amnesia"



Job 8:13  So [are] the paths of all who forget God; And the hope of the hypocrite shall perish,

Ayub 8:13 (TB)  Demikianlah pengalaman semua orang yang melupakan Allah; maka lenyaplah harapan orang fasik,


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #64. Tahukah anda bahawa jikalau kita melupakan Tuhan, maka lenyaplah sumber pengharapan kita? Amnesia adalah sebuah kondisi di mana seseorang kehilangan ingatan dan melupakan nama, informasi atau pun peristiwa penting di masa lalunya. Penyebabnya  terjadinya amnesia adalah kerana kerosakan otak atau pun peristiwa trauma. Tentu saja amnesia adalah kondisi yang langka dan jarang ditemui secara perubatan. Namun secara rohaninya, tampaknya amnesia rohani terus menjadi wabak berbahaya yang menyebar  dan menjangkiti banyak orang percaya.

☕ 🍞 Terkadang orang Kristian mudah lupa akan kebaikan dan kemurahan Tuhan sehinggakan mereka sanggup hidup berkompromi dengan firman Tuhan. Ini fakta bukan auta! Apabila Tuhan memimpin bangsa Israel keluar daripada Mesir, satu perintah yang diberikan kepada mereka adalah supaya mereka tidak melupakan Tuhan. Tetapi mereka asyik merungut itu  ini dan melupakan bagaimana Tuhan telah menebus dan membebaskan mereka daripada perbudakan. Musa menyampaikan perintah Tuhan kepada bangsa Israel di Ulangan 8:11 (TB)  Hati-hatilah, supaya jangan engkau melupakan TUHAN, Allahmu, dengan tidak berpegang pada perintah, peraturan dan ketetapan-Nya, yang kusampaikan kepadamu pada hari ini; Perintah ini bukan saja sah di zaman perjanjian lama, tetapi juga masih relevan sampai ke saat ini.

Orang sanggup lupakan Tuhan Yesus kerana cinta akan wang, status, business, cinta, hawa nafsu dan macam-macam lagi. Ingatlah bahawa apabila kita melupakan Tuhan Yesus, maka sumber pengharapan kita sudah tidak ada. Apabila sumber pengharapan kita sudah tidak ada maka iman kita mudah goyah. Apabila iman kita goyah, maka kita akan mulai mencari solusi dari dunia dan juga iblis. Orang berfikir dia boleh hidup tanpa Yesus. Memang dia boleh hidup tanpa Yesus. Menjadi kaya tanpa Yesus. Berhasil dalam segala bidang tanpa Yesus. Tetapi bukankah itu yang dijanjikan oleh iblis apabila kita sujud menyembah setan? Satu hal yang iblis tidak dapat berikan adalah KESELAMATAN YANG KEKAL! Itu hanya didapati di dalam Tuhan Yesus. What do you gain from the world when you have sold your soul to the devil? Bagaimana dengan anda? Apakah respon anda hari ini....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival #GreaterMovement

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: