Wednesday, April 10, 2019

Revival : His words in my mouth

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : His words in my mouth



Isaiah 51:16  And I have put My words in your mouth; I have covered you with the shadow of My hand, That I may plant the heavens, Lay the foundations of the earth, And say to Zion, 'You [are] My people.'

Yesaya 51:16 (TB)  Aku menaruh firman-Ku ke dalam mulutmu dan menyembunyikan engkau dalam naungan tangan-Ku, supaya Aku kembali membentangkan langit dan meletakkan dasar bumi, dan berkata kepada Sion: Engkau adalah umat-Ku!



Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #100. Tahukah anda bahawa Tuhan telah menaruhkan firman-Nya di dalam mulut kita? Tuhan menaruhkan firman-Nya di dalam mulut kita supaya kita menyatakan kebenaran yang membebaskan semu orang dari belenggu dosa. Tuhan menaruhkan firman-Nya di dalam mulut kita supaya kita akan menyatakan hal-hal nubuatan daripada Tuhan. Roh dan firman Tuhan akan mengesahkan kesaksian gereja sejati. Umat Allah harus senantiasa memberitakan Injil di dalam kuasa dan kebenaran Roh Kudus.

☕ 🍞 Ini merupakan kelegaan besar bagi orang-orang yang diutusi pesan ketika mereka mendengar Allah sumber kebenaran dan kuasa menyampaikan kepada umat-Nya, seperti yang Ia lakukan di sini bahawa firman-Nya di dalam nabi-nabi dan Injil-Nya itu sungguh sangat benar. Ia mengakui bahawa apa yang telah mereka sampaikan adalah sesuai dengan apa yang telah Ia arahkan dan perintahkan kepada mereka untuk dikatakan dan bahawa firman-firman yang disampaikan oleh para nabi dan para rasul adalah firman Allah sendiri, yang ia letakkan di dalam mulut mereka. Roh Allah tidak saja menyingkapkan kepada mereka hal-hal yang mereka katakan itu, tetapi juga memberitahukan kata-kata yang harus mereka katakan. Tuhan akan membangkitkan dan mengutus hamba-Nya kepada bangsa-bangsa supaya lewat anda dan saya, bangsa-bangsa akan mengenal Tuhan Yesus. Tuhan akan menyampaikan firman-Nya kepada kita, dan kita akan menyampaikan segala perintah-perintah-Nya kepada umat-Nya.

Kristus harus menjadi pusat pemberitaan gereja kerana Dialah satu-satu-Nya utusan Allah untuk menyelamatkan manusia. Melalui Kristus seseorang mengenal Allah dan memperoleh keselamatan. Namun, seringkali kesempatan mengenal Kristus justru dirusak oleh kesaksian gereja atau anak Tuhan yang memegahkan diri, seakan-akan lembaga gerejanya atau kehebatan pelayanannyalah yang menyelamatkan orang-orang yang belum mengenal Yesus. Orang yang diutus oleh Allah menyampaikan firman Allah, kerana Allah mengurniakan Roh-Nya kepada Dia dengan sepenuhnya. Bagaimana dengan anda? Apakah respon anda hari ini....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival #GreaterMovement

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: