Thursday, April 11, 2019

Revival : Redemption no payment

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : Redemption no payment


Isaiah 52:3  For thus says the LORD: " You have sold yourselves for nothing, And you shall be redeemed without money."

Yesaya 52:3 (TB)  Sebab beginilah firman TUHAN: Kamu dijual tanpa pembayaran, maka kamu akan ditebus tanpa pembayaran juga.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #101. Tahukah anda bahawa a da tidak perlu membayar satu sen pun untuk keselamatan anda? You have been redeemed paid full on death by Jesus. Dosa kita Dia tanggung untuk menebus kita kerana begitu besar kasih-Nya kepada kita semua. Kita tidak mampu membayar harga dosa kita supaya kita diselamatkan. Yesuslah harga dosa dan penebusan saya. Sejarah membuktikan bahawa ketika manusia tidak sanggup menolak keinginan berbuat dosa, ketika itu pula manusia masuk dalam perbudakan dosa. Tetapi Allah yang maha mulia, melalui Putra-Nya Yesus Kristus memerdekakan manusia dari kuasa dosa. Seperti halnya Israel yang dibebaskan tanpa membayar apa pun, demikian juga orang yang percaya kepada Kristus. Kini kita hidup dalam masa-masa penuh kemerdekaan.

☕ 🍞 Kita sedarkah bahawa apa yang telah dibayarkan untuk membebaskan kita daripada kehidupan sia-sia yang kita warisi daripada nenek moyang kita?  Bayarannya bukanlah sesuatu yang dapat dimusnahkan seperti perak atau emas, tetapi korban yang sangat berharga, iaitu Kristus sendiri, yang menjadi seperti domba yang tidak bercacat cela. Dahulunya, kita memberikan diri kita dibelenggu oleh dosa dengan percuma kita menjadi hamba dosa. Tetapi sekarang apabila Tuhan membebaskan kita, Dia tidak meminta kita membayar apa pun, cuma satu yang Dia minta agar kita percaya, taat dan setia kepada-Nya. Inilah karya terindah di dalam hidup kita iaitu karya penyelamatan-Nya. Di dalam Kristus Tuhan telah memanggil kita, orang berdosa, dari kehidupan yang tidak mengenal Tuhan kepada kehidupan baru. Saat kita masih berdosa, Tuhan telah mati di salib untuk kita. Dia telah menebus kita dan memanggil kita untuk menjadi berkat bagi bangsa-bangsa.

Kita ditebus untuk satu tujuan yang luarbiasa iaitu supaya kita mengasihi dan mengenal Tuhan Yesus serta melakukan kehendak-NYA. Oleh itu, sekarang kita yang sudah dibebaskan jangan membiarkan diri tergoda oleh kenajisan, tempat kita berkubang dulu. Sebaliknya dengan setia dan tekun, marilah kita mengikuti langkah-langkah Tuhan agar kita dapat hidup dalam kesucian dan kebenaran serta beribadah kepada Tuhan yang benar iaitu Tuhan Yesus Kristus, Raja 👑 di atas segala raja dan Penyelamat kita. Bagaimana dengan kehidupan anda? Adakah kita masih mencari-cari caranya untuk melunaskan "hutang dosa" kita? Datanglah kepada Tuhan Yesus, akui dosa dan pelanggaran anda kepada-Nya dan terimalah Dia di dalam hati anda. Anda tidak perlu membayar apa-apa, kerana Yesus Kristus, Sang Penyelamat kita sudah langsaikan hutang dosa kita di kayu salib. Jesus died for my sin, today I live for Him. Apakah respon anda hari ini.....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival #GreaterMovement

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: