Monday, April 1, 2019

Revival : He called you by your name

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : He called you by your name



Isaiah 45:4  For Jacob My servant's sake, And Israel My elect, I have even called you by your name; I have named you, though you have not known Me.

Yesaya 45:4 (TB)  Oleh karena hamba-Ku Yakub dan Israel, pilihan-Ku, maka Aku memanggil engkau dengan namamu, menggelari engkau, sekalipun engkau tidak mengenal Aku.



Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #91. Tahukah anda bahawa Tuhan telah memanggil anda dengan nama anda? Tuhan Yesus mengenal setiap nama yang dipanggil oleh-Nya untuk melayani-Nya. Tuhan Yesus mengenal setiap pribadi yang telah dipilih untuk melayani-Nya. Dia memanggil kita dengan nama kita. Di waktu anda tidak mengenal Tuhan Yesus, Dia telah memanggil anda untuk tujuan yang luarbiasa.

☕ 🍞 Harus kita sedari bahawa panggilan Tuhan Yesus atas hidup kita bukanlah kerana kita hebat dan pandai tetapi oleh kerana kemurahan dan kasih karunia-Nya. Terkadang orang mau buat pelayanan sekadar mau nama dan dikenali. Di sini, Tuhan Yesus mengatakan "Aku memanggil engkau dengan namamu..." Dia tahu segala isi hati kita. Semua yang tersembunyi di dalam hati saya, Dia tahu. It is a honour and a privilege to be called by God to serve Him. Bukan kita yang memilih Dia tetapi Dia yang memilih kita supaya kita berbuah lebat. Sebelum kita dibentuk di dalam rahim ibu kita, Tuhan telah mengenal kita. Kita ini ciptaan Allah dan kerana kita hidup bersatu dengan Kristus Yesus, Allah telah menjadikan kita untuk melakukan pekerjaan baik, yang sudah disediakan-Nya untuk kita lakukan. Oleh kerana itu saya katakan, bahkan Tuhan Yesus sendiri mengatakan bahawa Dia mengenal anda.

Tuhan telah mempercayakan kepada anda dan saya satu mandat sebelum kita datang ke dunia. Dalam arus pergerakan zaman kita pun mulai menyimpang daripada kebenaran dan juha perhubungan dengan Tuhan Yesus. Dan sampai satu waktu, Tuhan Yesus memanggil kita kembali kepada-Nya kerana Dia mengenal anda dan nama anda. Bagaimana dengan anda...? Apakah respon anda hari ini....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival #GreaterMovement

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: