Monday, April 8, 2019

Revival : Your name in My hands

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : Your name in My hands


Isaiah 49:16  See, I have inscribed you on the palms [of My hands;] Your walls [are] continually before Me.

Yesaya 49:16 (TB)  Lihat, Aku telah melukiskan engkau di telapak tangan-Ku; tembok-tembokmu tetap di ruang mata-Ku.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #98. Tahukah anda bahawa Tuhan telah mengukirkan kita di telapak tangan-Nya? Hari-hari kita terukir di tangan-Nya. Masa depan kita terukir di tangan-Nya. Hidup kita di tangan-Nya. Tuhan Yesus bukannya mempraktikan "peramal tangan" tetapi ia menunjukkan keprihatinan Tuhan Yesus ke atas jemaat-Nya tentang keberadaan hidup mereka. Kerana begitu besar kasih-Nya kepada kita semua, Tuhan Yesus memperhatikan keadaan umat-Nya.

☕ 🍞 Saudara dan saudari sekalian, jikalau anda mendengarkan bisikkan bisikkan iblis mengatakan bahawa anda tidak berguna dan tidak penting, ketahuilah bahawa hal yang sebenarnya dan tidak dapat diluputkan adalaha bahawa TUHAN YESUS MELUKISKAN ANDA DI TELAPAK TANGAN-NYA! ANDA BERHARGA DI MATA TUHAN. ANDA SANGAT DIKASIHI OLEH TUHAN. Tidak ada seorang pun atau apa pun yang boleh memisahkan kita daripada kasih Tuhan Yesus.

Tangan Tuhan Yesus merupakan : 

🔴 Tangan yang penuh dengan kuasa
👉🏼 Bermaksud, anda berada di Tangan berkuasa ke atas kehidupan anda. Tangan yang memberikan kuasa kepada anda untuk mengalahkan segala tipu daya iblis.

🔴 Tangan yang penuh dengan perlindungan
👉🏼 Tangan Tuhan membentengi anda dari segala macam ancaman dan serangan musuh.

🔴 Tangan yang penuh dengan kasih
👉🏼 Tangan yang meraih anda saat anda jatuh dan membersihkan anda dari segala noda dosa. Tangan yang menyelamatkan kita saat kita terjerumus di lembah dosa.

Tangan itu juga dipaku dan disalibkan oleh kerana dosa kita. When God inscribed you in His palm's, He knows what He is doing and what He's going to do in your life. You can trust God with your life! You are in safe hands. Bagaimana dengan kehidupan anda? Adakah hidup anda terukir di telapak tangan Tuhan? Apakah respon anda hari ini....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival #GreaterMovement

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: