Monday, April 3, 2017

Revival : Hard pressed

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄🍎🍏🍌🌭🍝🍖🍕🍟🍗🌯🌮 pagi 🌅 yang menghasilkan yang terbaik daripada kita. Ayuh kita menikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival : Hard pressed

2 Corinthians 4:7 (NKJV)  But we have this treasure in earthen vessels, that the excellence of the power may be of God and not of us.

2 Korintus 4:7 (AVB)  Tetapi kami memiliki harta yang ada dalam bejana tanah liat supaya jelaslah bahawa kuasa yang melebihi segala-galanya berasal daripada Allah, bukan daripada diri sendiri.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #93. Tahukah anda apabila emas yang di perapian dipanaskan terus menerus ia akan menghasilkan emas yang tulen? When pressure is applied, treasure is produced. Treasure is something more expensive that has no any price tag for it. Harta adalah sesuatu yang sangat berharga dan tidak dapat kita meletakkan satu nilai, kerana ia tak ternilai.

☕ 🍞 Siapakah di antara kita yang selalu mengalami tekanan? Sepertimana Rasul Paulus mengatakan, " Dalam segala hal kami dihimpit, tetapi tidak hancur. Kami bingung, tetapi tidak putus asa. Kami dianiaya, tetapi tidak ditinggalkan. Kami dijatuhkan, tetapi tidak dimusnahkan." Kiri kanan depan belakang kita ditekan dan terkadang juga ada yang sampai mau putus asa. Emas dimurnikan berkali-kali sehingga terhasil emas yang tulen.

🍟🍕 Demikianlah kita juga mengalami tekanan di tempat kerja, di pelayanan, dalam pelajaran, orang-orang di sekeliling anda. Paulus mengatakan bahawa kita memiliki harta di dalam bejana tanah liat. Apabila saya membaca Firman Tuhan ini, Roh Kudus menunjukkan satu hal yang sangat luarbiasa kepada saya. Harta di dalam bejana tanah liat. Ini yang saya mau kongsikan. Tuhan menciptakan manusia daripada tanah. Bejana tanah liat, itu adalah diri kita. Harta yang tidak ternilai itu ada di dalam kita. Jadi, untuk harta itu "keluar" daripada kita, harus ada tekanan. Pressure must be applied in order for treasure to come out.

🌭🍝 So what does it means? Bayangkan diri kita seperti botol air mineral. Botol itu penuh dengan air. Apabila botol itu ditebuk dengan beberapa lubang kecil maka air akan mula menitis keluar. Tetapi jika kita mau air mengalir deras, maka kita harus menekankan botol itu. Begitulah diri kita, janganlah menganggap setiap tekanan itu sebagai sesuatu yang buruk atau negatif. Adakalanya ia adalah untuk kebaikan kita kerana lewat daripada proses itu pribadi kita dibentuk sehingga "emas yang tulen" keluar daripada kita.

With the right amount of pressure produces the perfect treasure. Bila anda melewati masalah, bukannya Tuhan tidak menyertai kita. Anda merasakan sepertinya Tuhan diam saja dan tidak menjawab anda. Ketika di sekolah, apabila kita menduduki peperiksaan, sudah pasti cikgu tidak akan memberikan jawapan. Cikgu mahu kita yang jawab soalan itu kerana telah diberikan masa untuk kita mengulangkaji dan menulis peperiksaan itu. Orang yang tidak bersiap sedia akan tembak semua jawaban ataupun meniru. Tuhan sedang melihat bagaimana kita melewati setiap peperiksaan dalam hidup kita. Setiap kita yang percaya kepada Tuhan Yesus telah dipersiapkan untuk menghadapi segala macam tantangan dan tekanan. Maka apabila kita melewatinya, kita pasti akan keluar dengan cemerlang. Bagaimana dengan anda? Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: