Thursday, April 27, 2017

Revival : A Prayer from my heart

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🌭 🌮 🌯 🍝 🍖 🍕 🍗 🍟 pagi 🌅 mengajarkan metode doa Yesus. Ayuh kita menikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival : A Prayer from my heart

Matius 6:9-13 (AVB)  Berdoalah demikian: ‘Ya Bapa kami yang di syurga, Sucilah Nama-Mu.
Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga.
Berilah kami makanan untuk hari ini.
Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami.
Janganlah biarkan kami tergoda, Selamatkanlah kami daripada yang jahat. Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.’

Matthew 6:9-13 (NKJV)  In this manner, therefore, pray: Our Father in heaven, Hallowed be Your name.
Your kingdom come. Your will be done On earth as it is in heaven.
Give us this day our daily bread.
And forgive us our debts, As we forgive our debtors.
And do not lead us into temptation, But deliver us from the evil one. For Yours is the kingdom and the power and the glory forever. Amen.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #117. Tahukah anda bahawa terkadang kita terlalu memusatkan doa kita kepada keperluan kita? Memang kita perlukan segala sesuatu itu tetapi firman Tuhan mengatakan bahawa "carilah dahulu kerajaan Tuhan dan kebenaran-Nya maka segala sesuatu akan ditambahkan kepadamu.." Terkadang bila kita berdoa kita terus kepada apa yang kita mahu tanpa pedulikan apakah yang Bapa kita mahukan, iaitu satu perhubungan.

☕ 🍞 Matius 6:9 (AVB)  Berdoalah demikian: ‘Ya Bapa kami yang di syurga, Sucilah Nama-Mu.

Rangkap ini berbicara tentang perhubungan seorang anak dengan Bapanya. You acknowledge who are you calling with what salutation. Ya Abba Ya Bapa... Ini menunjukkan seorang anak memanggil Bapa dengan penuh hak sebagai seorang anak. Sebagai seorang anak kecil yang lari kepada bapanya untuk didukung.

🍕🍝 Matius 6:10 (AVB)  Datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kehendak-Mu di bumi sebagaimana di syurga.

This verse speaks about we acknowledging His sovereignty. Tuhan berkuasa di bumi dan di surga. Dia bertakhta di atas segalanya. Dia yang layak segala puji-pujian, hormat, kemuliaan dan kesyukuran. Cara keduanya ada mengaku ketuhanan Tuhan Yesus.

🍟🍗 Matius 6:11 (AVB)  Berilah kami makanan untuk hari ini.

This verse speaks about our total dependency upon God. Kita berharap kepada Tuhan Yesus dalam segala hal yang Dia akan mencukupkan segala sesuatu yang kita perlukan untuk menjalani hidup ini. Without Jesus, we are nothing.

🌯🌮 Matius 6:12 (AVB)  Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami.

Mengakui segala dosa kita di hadapan Tuhan. Jika kita tidak mengakui dosa kita tidak mungkin Tuhan Yesus akan mengampuni kita. Sepertimana Tuhan mengampuni dosa kita demikian juga kita harus mengampuni yang lain dan sesama kita. Pengampunan Tuhan adalah supaya hidup kita dipulihkan dan diubah.

🍏🍎 Matius 6:13 (AVB)  Janganlah biarkan kami tergoda, Selamatkanlah kami daripada yang jahat. Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan selama-lamanya. Amin.’

Ini berbicara tentang perlindungan Tuhan untuk kita semua. Apabila kita terus berharap dan berpegang kepada Tuhan, sudah pasti iblis akan mencuba sedaya upaya untuk menjatuhkan kita. Tuhanlah gunung batu dan kota benteng kita. No weapon that is formed against us shall prosper. Tuhan berkuasa atas segalanya. Surga bumi tunduk kepada perintah dan pemerintahan-Nya. Jangan lupa berdoa untuk perlindungan Tuhan setiap hari.

Ini adalah modal doa yang diajarkan oleh Tuhan Yesus kepada kita semua. Bagaimanakah anda sedang mendekati Tuhan dengan doa anda? Adakah anda terus kepada pokok doa anda ataupun anda mengambil masa untuk berbicara dengan Tuhan, mencari wajah-Nya, dan kebenaran-Nya? Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: