Sunday, November 4, 2018

Revival : The devil comes to destroy

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : The devil comes to destroy


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #308. Tahukah anda bahawa seinci ruangan sudah cukup untuk iblis? Bangsa Israel takut terhadap bangsa Midian yang menindas mereka dengan kejam. Selama tujuh tahun mereka hidup melarat dan ketakutan, mereka hidup bersembunyi di gua-gua untuk menghindari serbuan penjarah yang  datang sewaktu-waktu dan berjumlah sangat banyak. Ketakutan dan kesengsaraan itu membuat mereka berseru kepada Tuhan. Tuhan mendengar dan mengutus nabi-Nya untuk mengingatkan bahwa semua ini terjadi kerana mereka telah berdosa mengkhianati Dia. Bangsa Israel 🇮🇱 ini telah terikat dengan dosa mereka dan disebabkan itu mereka kerugian semua hasil mereka setiap kali mereka menuai dan sebagainya.

☕ 🍞 Terkadang kita menjadi terikat dengan dosa sehinggakan kita merasakan bahawa kita tidak dapat move on daripada hal itu. Perkara yang bangsa Israel buat sehingga mereka diserang oleh musuh ialah  umat Allah berbalik kepada agama sinkretik yang selaras dengan cara-cara orang Kanaan. Akibatnya, selama tujuh tahun Allah membiarkan suku Midian, yang dibantu oleh suku Amalek dan suku-suku lain dari daerah timur, untuk menyerbu dan menindas Israel. Mereka berbuat jahat kepada Tuhan. And because of that they had to pay for the consequences of what they have done. Sepertinya sudah terperangkap dan tidak dapat lari 🏃. No escape plan! Kemelaratan orang Israel akibat ditindas orang Midian, membuat mereka sedar lalu mereka berseru kepada Tuhan. Seruan di puncak penderitaan biasanya disertai dengan kerendahan hati dan kepasrahan penuh kerana menyedari akan keadaan diri yang sudah tidak berdaya lagi. Dalam sikap seperti itulah Tuhan berkenan memperhatikan umat-Nya meskipun sudah menyakiti hati Tuhan dengan perzinahan rohani. Berseru kepada Tuhan dengan segenap hati akan membawa perubahan.

Bila dosa menjadi sumbernya, berbaliklah pada Tuhan dan bertobat. Tuhan siap mengampuni Anda. Bila masa depan menjadi pergumulan Anda, Dia adalah penguasa masa depan. Bila rasa rendah diri melanda Anda, Dia justru mau memperlengkapi dan memakai Anda untuk rencana-Nya. Jangan biarkan iblis "berkemah" di dalam hidup anda kerana dia datang untuk mencuri, membunuh dan membinasakan. Janganlah sampai ada "orang Midian dan orang Amalek" menakutkan-nakutkan anda! Janhan berikan iblis seinci pun dalam hidup anda! Bagaimana dengan anda? Apakah respon anda hari ini....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: