Thursday, November 22, 2018

Revival : God is able to use anyone

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : God is able to use anyone



1 Samuel 9:21  And Saul answered and said, " [Am] I not a Benjamite, of the smallest of the tribes of Israel, and my family the least of all the families of the tribe of Benjamin? Why then do you speak like this to me? "

1 Samuel 9:21 (TB)  Tetapi jawab Saul: "Bukankah aku seorang suku Benyamin, suku yang terkecil di Israel? Dan bukankah kaumku yang paling hina dari segala kaum suku Benyamin? Mengapa bapa berkata demikian kepadaku?"


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #326. Tahukah anda bahawa Tuhan dapat memakai sesiapa sahaja yang taat dan setia kepada-Nya? Pemilihan Tuhan ke atas hidup kita terjadi bukanlah sebab kepandaian kita, betapa bijaksananya kita, betapa bertalenta kita dan sebagainya. Ia terjadi kerana ketaatan dan kesetiaan yang anda miliki di dalam kepercayaan iman yang sungguh-sungguh di dalam Tuhan Yesus. Seringkali dalam hidup ini kita merasa kecil, lemah, miskin, dan hina. Pada saat itu kita merasa rendah diri dan tidak bererti.

☕ 🍞 Saudara dan saudari sekalian, Tuhan Yesus tidak memandang bulu. Dia tidak melihat 👀 samada anda kaya atau miskin, berpendidikan atau tidak. Yang Dia lihat ialah hati yang mau taat dan setia kepada-Nya yang sanggup melakukan kehendak-NYA. Tuhan Yesus sedang mencari-cari mereka yang sanggup mengatakan "ini aku Tuhan, utuslah aku.." Bukan sahaja Suku Benjamin adalah suku yang terkecil di Israel, tambah lagi kaum Saul dipandang hina, namun yang terkecil dan terhina itulah dipakai oleh Tuhan untuk kemuliaan-Nya. Pemilihan Tuhan bukanlah mengikut standard manusia tetapi mengikut cara Tuhan. Saul memiliki sosok muda yang elok rupa, tinggi besar, dan berasal dari keluarga berada, tetapi rendah diri kerana berasal dari keturunan Benyamin yang kecil dan hina. Siapa sangka Tuhan akan memilih orang seperti Saul untuk menjadi raja atas Israel? Cara Tuhan memilih pun sangat unik.

Ketahuilah bahawa pemilihan Tuhan ke atas hidup anda sangat unik. Panggilan anda mungkin berbeza daripada orang lain tetapi tetap taat dan setia dalam melaksanakan panggilan itu. Tidak perlu anda mau bandingkan diri dengan orang lain. Panggilan dan pemilihan Tuhan terletak pada kepribadian anda dan bukannya pada penampilan anda. Bagaimana dengan anda? Adakah anda masih ragu² dengan panggilan Tuhan ke atas hidup anda? Sudahkah anda mulai melakukan panggilan-Nya? Ataupun anda memberikan alasan seperti Saul? Apakah respon anda hari ini....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: