Friday, November 2, 2018

Revival : Get ready!

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Get ready!


Judges 4:14  Then Deborah said to Barak, "Up! For this [is] the day in which the LORD has delivered Sisera into your hand. Has not the LORD gone out before you? " So Barak went down from Mount Tabor with ten thousand men following him.

Hakim-hakim 4:14 (TB)  Lalu berkatalah Debora kepada Barak: "Bersiaplah, sebab inilah harinya TUHAN menyerahkan Sisera ke dalam tanganmu. Bukankah TUHAN telah maju di depan engkau?" Lalu turunlah Barak dari gunung Tabor dan sepuluh ribu orang mengikuti dia,


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #306. Tahukah anda bahawa hari ini Tuhan telah menyerahkan musuhmu ke tangan anda? Perlu sekali Allah berjalan di muka kita untuk membuka jalan; jika Ia tidak menuntun sepanjang jalan, usaha kita akan gagal. Oleh kerana itu, kita harus sungguh-sungguh berusaha untuk terbuka bagi pimpinan Allah yang terus-menerus dalam kehidupan kita. Penyertaan Tuhan memang tak dapat dilihat dengan mata jasmani. Itu dihayati dengan iman. Dengan iman seseorang percaya akan penyertaan Tuhan. Iman yang demikian akan melihat fakta penyertaan Tuhan itu.

☕ 🍞 Saudara dan saudari sekalian, jika Tuhan yang memimpin hidup kita maka bersiap sedialah untuk melihat hal-hal yang luarbiasa terjadi di dalam hidup kita. Kita akan melihat kepada beberapa perkara di dalam petikan firman Tuhan ini.

1. Bersiaplah, sebab inilah harinya TUHAN menyerahkan Sisera ke dalam tanganmu.

👍🏼 Apapun yang sedang anda lewati hari ini, segala situasi dan keadaan yang sangat sulit, setiap cabaran dan rintangan yang sedang anda alami pada hari ini, ketahuilah bahawa Tuhan Yesus telah menyerahkan hal itu di tangan anda. Hari ini, Tuhan telah memberikan kemenangan kepada anda supaya anda tidak lemaskan oleh hal-hal di sekeliling anda tetapi anda berkemenangan ke atas hal itu. Bersiap sedia untuk menyaksikan kuasa-Nya yang memberikan kemenangan kepada kita!

2. Bukankah TUHAN telah maju di depan engkau?

👍🏼 Kemenangan ini terjadi hanya apabila kita berserah sepenuhnya kepada Tuhan. Apabila Dia yang memimpin hidup kita, wowwww anda tidak perlu lagi fikir bagaimana caranya mau mengalahkan "musuh" anda, tetapi berserah sepenuhnya kepada Tuhan dan Dia akan mengatur setiap langkah kita.

Cara Tuhan untuk memberikan kemenangan kepada umat-Nya di luar perhitungan. Unik dan menakjubkan. When God goes before us in our spiritual conflicts, we must bestir ourselves; and when, by His grace, He gives us some success against the enemies of our souls, we must improve it by watchfulness and resolution. Seorang pemimpin adalah seorang yang dipimpin oleh Tuhan. Apabila anda dipimpin oleh Tuhan, maka anda akan melihat dan mengalami hal-hal yang luarbiasa dan menakjubkan. Bagaimana dengan anda? Apakah respon anda hari ini....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: