Thursday, June 27, 2019

Revival : Divine Interference

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣

Revival : Divine Interference

Daniel 3:25  "Look! " he answered, "I see four men loose, walking in the midst of the fire; and they are not hurt, and the form of the fourth is like the Son of God."

Daniel 3:25 (TB)  Katanya: "Tetapi ada empat orang kulihat berjalan-jalan dengan bebas di tengah-tengah api itu; mereka tidak terluka, dan yang keempat itu rupanya seperti anak dewa!"

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #178. Tahukah anda bahawa penyertaan Tuhan adalah nyata? Penyertaan Tuhan Yesus di dalam hidup kita adalah sungguh nyata. Takkan Dia biarkan orang-orang yang beriman dan percaya kepada-Nya diapa-apakan. Tangan Tuhan tidak kurang panjang untuk menjangkau dan menyelamatkan kita. Kisah tiga sahabat Daniel yang berdiri teguh dalam iman kepercayaan mereka serta di dalam kebenaran firman-Nya adalah sangat menakjubkan dan luarbiasa.

☕ 🍞 Perhatikan bahawa makna nama Ibrani ketiga pemuda ini sesuai dengan kelepasan yang dikaruniakan Allah kepada mereka.

💠 Hananya = "Tuhan menunjukkan kasih karunia" 
💠 Azarya =  "Tuhan menolong"
💠 Misael = "yang setara dengan Allah"

Apabila mereka dibuang ke dalam perapian, TUHAN MENUNJUKKAN KASIH KARUNIA-NYA kepada mereka bertiga dan TUHAN MENOLONG mereka dan melindungi mereka melalui PENYERTAAN TUHAN yang nyata. Mereka tidak dilepaskan di luar perapian itu tetapi dari dalam perapian itu. Pelepasan mereka terjadi saat Yesus menyertai mereka di dalam perapian itu.

Ada satu gambar yang pernah saya tengok dan di dalam gambar itu ada seorang sedang berjalan 🚶 di tepi pantai, hanya dia seorang saja tetapi tanpa disedari olehnya ada jejak 🐾 kaki yang menyertai dia. Nah, begitulah juga dengan Tuhan Yesus, Ia tidak kelihatan namun boleh dirasakan hadirat-Nya menyertai kita. Tuhan Yesus menyertai, melindungi dan memimpin kita. Percayalah. Miliki iman seperti Daniel dan rakan-rakannya. Adakah anda sepertinya dibuang ke dalam perapian itu? Apa pun persoalan, pergumulan ataupun masalah yang sedang anda hadapi, ketahuilah bahawa Tuhan Yesus bersama anda. Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival #GreaterMovement

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: