Sunday, June 16, 2019

Revival : A haughty heart

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣

Revival : A haughty heart

Ezekiel 16:50  And they were haughty and committed abomination before Me; therefore I took them away as I saw fit.

Yehezkiel 16:50 (TB)  Mereka menjadi tinggi hati dan melakukan kekejian di hadapan-Ku; maka Aku menjauhkan mereka sesudah Aku melihat itu.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #167. Tahukah anda bahawa orang-orang yang tinggi hati adalah satu kekejian di mata Tuhan? Pada masa kemakmuran, orang cenderung puas dengan hidup di bumi sebagaimana adanya dan menemukan kenikmatan dalam berkat-berkat material. Kesenangan hidup membuat orang cenderung melupakan Allah dan perintah-perintah-Nya, tidak lagi mencari berkat rohani, dan tidak lagi menangisi dosa dan kejahatan di dalam dunia dan menjadi tinggi hati.

☕ 🍞 Keangkuhan akan menekan ingatan akan saat-saat terhina dalam perbudakan, ancaman kalajengking dan kehausan, masa di mana untuk bebas dan untuk bertahan hidup diperlukan campur tangan ilahi melalui cara-cara yang belum pernah dikenal sampai sekarang. Terhadap tindakan menyangkal Tuhan melalui keangkuhan itulah mereka harus waspada. Kebenaran yang harus mereka pelajari pada masa perut kosong juga merupakan kebenaran yang relevan pada masa mendatang ketika perut kenyang  bahawa sumber kehidupan manusia ialah firman Allah - Dialah yang memberikan kepadamu kekuatan. Kebahagiaan Israel semata-mata merupakan wujud dari kesetiaan Allah kepada sumpah perjanjian-Nya. Terkadang kita menjadi angkuh kerana kita fikirkan bahawa kita tau segalanya. Cara kita melayani juga terkadang membuatkan kita merasa hebat dan tidak ada yang dapat melayani Tuhan seperti diri kita, bermain musik, Worship lead maupun dalam berkotbah. Kita harus sedar bahawa segala pengetahuan, hikmat dan kebijaksanaan adalah daripada Tuhan jadi merasa tinggi hati dan mengatakan bahawa diri kita sendiri yang melakukannya.

Rendah hati bukan saja merupakan kualiti moral, tetapi ungkapan sikap iman di hadapan Tuhan. Kerendahan hati seorang Kristian melambangkan sikap hatinya di hadapan manusia maupun Tuhan. Di hadapan manusia ia tidak merasa diri lebih baik atau lebih tinggi, di hadapan Tuhan ia tunduk pada kedaulatan dan hikmat-Nya. Sedarlah bahawa segala yang kita miliki hari ini semuanya itu adalah pemberian Tuhan Yesus. Mungkin kita berfikir bahawa oleh kerana usaha kita sendiri kita telah mencapai segala sesuatu, tetapi kebenarannya ialah Tuhan Yesuslah sumber segala yang kita miliki hari ini.  Hendaklah kita merendahkan diri di hadapan Tuhan, maka Dia akan meninggikan anda. Apakah respon anda hari ini...?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival #GreaterMovement

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: