Friday, September 27, 2019

Revival : A nation that bear fruits

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣

Revival : A nation that bear fruits

Matthew 21:43  Therefore I say to you, the kingdom of God will be taken from you and given to a nation bearing the fruits of it.

Matius 21:43 (TB)  Sebab itu, Aku berkata kepadamu, bahwa Kerajaan Allah akan diambil dari padamu dan akan diberikan kepada suatu bangsa yang akan menghasilkan buah Kerajaan itu.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #270. Tahukah anda bahawa kita adalah bangsa yang "berbuah"? Israel telah menolak Mesias dan kerajaan-Nya. Oleh kerana itu, Kerajaan Allah dan kuasa-Nya diberikan kepada orang lain, kepada mereka yang menerima Injil, baik orang Yahudi atau bukan. Prinsip ini masih berlaku. Kerajaan Allah dan kuasa-Nya akan diambil dari orang yang tidak setia kepada Kristus serta menolak cara-cara-Nya yang benar (Rom 11:19-22); sebaliknya, kerajaan itu akan diberikan kepada mereka yang bersedia untuk memisahkan diri dari dunia serta mencari dahulu Kerajaan Allah dan kebenaran-Nya.

☕ 🍞 Kita patut bersyukur bahawa Tuhan juga telah membukakan jalan keselamatan bagi kita sebagai bangsa di luar Yahudi. Oleh anugerah-Nya kita diberi hak untuk menjadi warga negara Surga dan bukan Neraka. Jangan sia-siakan anugerah-Nya, Anda harus dengan rendah hati menerimanya. Keselamatan yang datang pertama-tama pada bangsa Yahudi, akan diberikan kepada bangsa-bangsa lain. Yang dimaksudkan dengan kata-kata "Suatu bangsa yang akan menghasilkan buah Kerajaan itu" adalah Gereja yang akan menghasilkan buah pertobatan yang sejati. Gereja merupakan suatu bangsa yang tidak dibentuk kerana keturunan daging, tetapi kerana mewarisi iman yang sama. Oleh kerana itu, orang yang telah mendengar Firman Tuhan tetapi menolak untuk taat kepada panggilan Allah, akan menjadi bebal. Jangan merasa aman kerana memiliki status dan melaksanakan simbol-simbol rohani. Tuhan menuntut buah kehidupan yang sepadan dengan pengakuan iman. Tanda kesejatian kerohanian adalah hidup yang menawarkan sifat dan kehendak Tuhan. Tanpa buah-buah nyata, semua simbol-simbol, pengakuan dan status rohani kita tidak akan diperhitungkan.

Saudara dan saudari sekalian, kita harus sedar bahawa kita adalah bangsa yang terpilih, imam-imam yang mengabdikan diri kepada Raja, bangsa yang suci, umat Allah sendiri. Allah memilih kita untuk mengisytiharkan perbuatan-Nya yang luar biasa. Allah sudah memanggil kita keluar daripada kegelapan supaya masuk ke dalam cahaya-Nya yang gemilang. Jadilah Kristian yang berbuah. Bagaimana dengan anda..? Apakah respon anda hari ini...?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival #GreaterMovement

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: