Wednesday, September 25, 2019

Revival : We have left all

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣

Revival : We have left all

Matthew 19:27 (UKJV)  Then answered Peter and said unto him, Behold, we have forsaken all, and followed you; what shall we have therefore?

Matius 19:27 (TB)  Lalu Petrus menjawab dan berkata kepada Yesus: "Kami ini telah meninggalkan segala sesuatu dan mengikut Engkau; jadi apakah yang akan kami peroleh?"

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #268. Tahukah anda bahawa kesetiaan dan ketaatan anda dalam mengikuti Tuhan Yesus tidaklah sia-sia? Apa sebenarnya yang didapatkan seseorang yang meninggalkan segala sesuatu demi mengikut Yesus? Itu yang ada di benak Petrus ketika mendengarkan dialog Yesus dengan anak muda yang kaya pada perikop sebelum ini. Lagi pula Yesus pernah berkata, bahawa keluarga pun bila perlu harus sedia dilepaskan demi mengikut Diri-Nya. Apa yang diharapkan murid-murid dari Kristus. Petrus, mewakili murid-murid yang lain, mengungkapkan bahawa mereka bergantung pada-Nya untuk mendapatkan sesuatu yang besar sebagai ganti apa yang telah mereka tinggalkan demi Dia.

☕ 🍞 Kristus telah menjanjikan orang muda tersebut bahwa, jika ia bersedia menjual segala miliknya, datang kepada-Nya dan mengikuti-Nya, ia akan memperoleh harta di sorga. Betulkah kita sudah meninggalkan segala sesuatu untuk mengikuti Tuhan Yesus? Kita belum lagi meninggalkan segala sesuatu untuk mengikuti Yesus. Terkadang saya melihat di profil Facebook, ada yang ramai meletakkan di sana seperti ini "bekerja di ladang Tuhan, ataupun Saya pengikut Kristus, ataupun Live for God dan sebagainya." Tetapi betulkah kita begitu? Ramai yang berfikiran bahawa meninggalkan kerjaya yang membayar gaji yang lumayan dan melayani-Nya adalah sebenarnya telah meninggalkan segala sesuatu untuk mengikuti Yesus. Sebenarnya ia meminta lebih daripada itu. Apakah sebenarnya yang dimaksud dengan Firman Tuhan ini? Sudahkah kita menyangkal kedagingan kita apabila kita mengikuti Yesus? Mengikuti Yesus bermaksud menyangkal diri, keinginan kita, kehendak kita dan mengikuti Tuhan Yesus. Bukan hanya meninggalkan kerjaya anda dan sebagainya tetapi hidup kita juga harus benar-benar mencerminkan pribadi dan karakter Yesus. Bukan hanya atas nama saja mengatakan bahawa saya pengikut Kristus tetapi benar-benar hidup demikian.

Benar-benarkah kita telah meninggalkan segala sesuatu untuk mengikuti Tuhan Yesus? Yesus meninggalkan segala sesuatu hanya kerana kita. Bagaimana dengan diri kita? Dia sanggup datang ke dunia ini untuk menyelamatkan kita. Tetapi kita masih lagi terikat dengan hal-hal keduniawian. Apakah respon anda hari ini..?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival #GreaterMovement

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: