Monday, September 23, 2019

Revival : What should I do?

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣

Revival : What should I do?

Matthew 19:16 (UKJV)  And, behold, one came and said unto him, Good Master, what good thing shall I do, that I may have eternal life?

Matius 19:16 (TB)  Ada seorang datang kepada Yesus, dan berkata: "Guru, perbuatan baik apakah yang harus kuperbuat untuk memperoleh hidup yang kekal?"

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #266. Tahukah anda bahawa perbuatan baik tidak menjamin keselamatan anda? Di sini diceritakan mengenai apa yang terjadi di antara Kristus dan seorang tuan muda yang datang menemui-Nya dengan kepentingan yang mendesak. Di sini disebutkan bahawa ia adalah orang muda, tetapi saya menyebutnya seorang tuan muda, bukan hanya kerana ia memiliki harta yang sangat banyak, tetapi kerana ia adalah seorang pemimpin atau penguasa, seorang hakim wilayah di negerinya. Mungkin ia memiliki kemampuan yang melebihi usianya, kerana kalau tidak, usianya tidak memungkinkan dia menjadi seorang hakim. Mengenai tuan muda ini, kita diberi tahu bahawa dia mencari sorga dan gagal.

☕ 🍞 Banyak orang tidak merasa perlu percaya kepada Yesus, kerana merasa sudah banyak berbuat baik dan "tidak pernah" melakukan dosa dan kejahatan. Mereka menganggap perbuatan baik atau amal akan menyelamatkan mereka dari hukuman dan membawa mereka masuk ke sorga. Kita harus sadar bahawa ada sesuatu yang harus dilaksanakan, sesuatu yang baik, untuk memperoleh sukacita ini. Hanya dengan tekun berbuat baik, kita akan memperoleh hidup kekal (Roma 2:7). Kita harus melakukan apa yang baik, dan benar-benar melakukannya. Darah Kristus merupakan satu-satunya tebusan untuk hidup kekal. DIa telah mewariskannya bagi kita, namun ketaatan kepada Kristuslah jalan yang ditetapkan untuk menuju ke sana.

Perbuatan baik dan punya harta banyak tidak membuat Anda menjadi anak Tuhan. Hanya anugerah semata yang menyelamatkan. Namun orang yang sudah diselamatkan pasti senang berbuat baik dan suka berbagi kepada sesama. Bagaimana dengan anda? Apakah respon anda hari ini?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival #GreaterMovement

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: