Thursday, September 8, 2016

Revival: The Hindrances of the Movement

Sarapan 🍳 ☕ 🍝 🍜 🍞 🍲 🍚 🍘 🍙 🍛 🍖 🍗 🍗 🍱 🍣 🍩 🍪 🍇 🍒 🍓 🍉 🌽 pagi 🌅 ☀ 🌞 yang mematahkan segala penghalang yang menghalangi pergerakan Revival. Ayuh kita nikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival: The Hindrances of the Movement

Acts 17:13  But when the Jews from Thessalonica learned that the word of God was preached by Paul at Berea, they came there also and stirred up the crowds.

Kisah Para Rasul 17:13 (TB)  Tetapi ketika orang-orang Yahudi dari Tesalonika tahu, bahwa juga di Berea telah diberitakan firman Allah oleh Paulus, datang jugalah mereka ke sana menghasut dan menggelisahkan hati orang banyak.

Shalom dan salam Revival saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #252. Tahukah anda bahawa apabila Tuhan melakukan pergerakan ini, maka di situ ada penghalang-penghalang yang menjadi batu sandungan kepada pergerakan itu? Sudah pasti apabila Tuhan melakukan pergerakan Revival ini, pasti akan ada pihak-pihak yang tidak berpuas hati, tidak senang dengan apa yang sedang terjadi dan akan cuba kucar kacirkan keadaan dengan menghasut orang itu dan ini untuk melumpuhkan pergerakan itu. Namun, satu hal yang harus kita ketahui adalah, kita melawan bukan darah dan daging melainkan kuasa-kuasa kegelapan dan roh-roh jahat kerana iblis dapat memakai sesiapa sahaja untuk menghalang pekerjaan Tuhan.

1. The Hindrances of the Movement
Kisah Para Rasul 7:51 (TB)  Hai orang-orang yang keras kepala dan yang tidak bersunat hati dan telinga, kamu selalu menentang Roh Kudus, sama seperti nenek moyangmu, demikian juga kamu.

🍞 ☕ Tentangan ini bukan saja daripada manusia terkadang pengajaran doktrin pun boleh menjadi penghalang pergerakan Revival ini. Mengagungkan doktrin tradisi mereka sehinggakan cuba meniadakan pekerjaan Tuhan. Terkadang juga kita fikir diri kita terlampau Kudus sehinggakan kita susah mau merendahkan diri kita di hadapan Tuhan (sepertinya kita terlebih Kudus daripada Tuhan). Our ways of living is also a hindrance for the works of the Holy Spirit. If we do not bow to the will of God, we will never ever experience any revival. Tak guna kita cakap tentang Revival ataupun berteriak teriak tentang Revival jika diri kita sendiri tidak benar di hadapan Tuhan. Kadang iblis memakai orang untuk menghasut orang lain yg sudah percaya untuk memberontak dan untuk tidak percaya.

Mengapa ada orang merespons Injil lalu bertobat, sebaliknya ada pula orang yang menutup diri terhadap Injil? Jawabnya terletak pada sikap hati seseorang! Again, for revival to happen, you heart matters the most. TUHAN tidak berminat dengan luaran anda (betapa hebat anda berkotbah, atau melayani, ataua Worship lead, ataupun semua perkara yang berkaitan dengan luaran anda) tetapi Dia berminat dengan hati anda. Kenapa tidak ada penerimaan akan Injil? Kerana sikap hati kita. Simple. Jadi, apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: