Wednesday, February 6, 2019

Revival : Freed to rebuild

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : Freed to rebuild



Ezra 1:3  Who [is] among you of all His people? May his God be with him, and let him go up to Jerusalem which [is] in Judah, and build the house of the LORD God of Israel (He [is] God), which [is] in Jerusalem.

Ezra 1:3 (TB)  Siapa di antara kamu termasuk umat-Nya, Allahnya menyertainya! Biarlah ia berangkat pulang ke Yerusalem, yang terletak di Yehuda, dan mendirikan rumah TUHAN. Allah Israel, yakni Allah yang diam di Yerusalem.



Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #37. Tahukah anda bahawa anda dibebaskan supaya dibangunkan kembali dan untuk membangunkan kembali? Paham tak maksud saya... 😂? Maklumat Raja Koresy mengizinkan orang Yahudi kembali ke tanah airnya dan membangunkan kembali rumah bagi Allah mereka. Maklumat ini menganugerahkan pemulihan martabat bagi mereka, sekaligus pemulihan rohani. Bayangkan, puluhan tahun mereka dibuang ke tanah asing dan berada di bawah tekanan. Identiti mereka sebagai suatu bangsa dilenyapkan. Namun Allah tidak tinggal diam. Dia memang tidak pernah menghendaki umat-Nya menjadi bangsa buangan. Dosa-dosa bangsa itulah yang telah membuat Allah menghukum mereka ke dalam penaklukan bangsa asing. Namun tidak untuk selamanya Ia menghukum. Ia menggerakkan Raja Koresy  untuk membuat maklumat yang mengizinkan orang Yahudi kembali ke tanah airnya.

☕ 🍞 Yang saya fahami di dalam firman-Nya ini adalah bangsa ini dibebaskan daripada perbudakkan supaya mereka dibangunkan kembali secara rohaninya serta membangunkan kembali rumah Tuhan. Terkadang kita berada di dalam ikatan belenggu dosa dan sampai satu masa Tuhan Yesus membebaskan anda daripada belenggu dosa, memulihkan anda lalu membangkitkan anda kembali supaya anda siap sedia untuk mengerjakan pekerjaan Tuhan iaitu melakukan kehendak-NYA. Tuhan membebaskan lalu membangkitkan dan mengutus anda untuk melakukan pekerjaan "membangunkan rumah Tuhan". Maksudnya, melayani Tuhan. Maksudnya lagi pergi menjangkau jiwa-jiwa kerana sudah tiba musim menuai.

Saudara dan saudari sekalian, Tuhan sudah membebaskan kita daripada ikatan belenggu dosa jadi apakah yang sedang kita lakukan dengan kebebasan itu? Adakah kita sedang memakai kebebasan itu untuk melayani Tuhan ataupun kita kembali ke jalan yang sama? Apakah respon anda hari ini....?



You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: