Friday, February 8, 2019

Revival : The Lord's hand is upon us

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : The Lord's hand is upon us



Ezra 7:6  this Ezra came up from Babylon; and he [was] a skilled scribe in the Law of Moses, which the LORD God of Israel had given. The king granted him all his request, according to the hand of the LORD his God upon him.

Ezra 7:6 (TB)  Ezra ini berangkat pulang dari Babel. Ia adalah seorang ahli kitab, mahir dalam Taurat Musa yang diberikan TUHAN, Allah Israel. Dan raja memberi dia segala yang diingininya, oleh karena tangan TUHAN, Allahnya, melindungi dia.



Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #39. Tahukah anda bahawa tangan Tuhan melindungi anda? Kesetiaan kepada Allah dan Firman-Nya akan senantiasa disertai berkat dan pertolongan Tuhan.  Ezra menambahkan peristiwa lain dimana tangan Allah melindungi umat-Nya, yaitu perkenanan Allah datang kepada orang yang mengharapkan Dia dengan sepenuh hati. Siapa saja yang sungguh-sungguh mencari Allah dan dengan ikhlas menunjukkan kesetiaan kepada-Nya dan Firman-Nya akan mengalami tangan Allah melindungi dia.

☕ 🍞 Jikalau kita lihat kembali firman Tuhan ini, pribadi Ezra adalah seorang yang terpelajar dan sangat mahir dalam kitab Taurat. Disebabkan oleh kecenderungannya mengkaji Firman Tuhan, saya percaya bahawa dia telah mengenal kebenaran firman Tuhan, lalu Tuhan membuatnya berhasil dan penyertaan Tuhan senantiasa bersama dia. Ezra telah mengabdikan dirinya

🔴 Untuk meneliti Firman Allah,

🔴 Untuk melakukannya, serta

🔴 Mengajarkannya kepada orang lain

TUHAN melihat akan kesetiaan Ezra dan Tuhan menyertainya. Boleh saya katakan bahawa Tuhan menolong Ezra kerana dia setia kepada Tuhan. Dalam hal apa Ezra menyatakan kesetiaannya kepada Tuhan?

🔺 Ezra percaya bahawa Hukum Taurat diberikan melalui Musa oleh Allah sendiri. Kerana itu Hukum Taurat menempati otoritas tertinggi dalam kehidupan umat Allah.

🔺 Ezra mengabdikan dirinya di dunia ini untuk meneliti firman Tuhan.

🔺 Ezra mengabdikan dirinya untuk menaati ketetapan-ketetapan Allah dan hukum-hukum Allah dengan benar.

🔺 Ezra mengabdikan dirinya untuk mengajarkan firman Allah, supaya kebenaran, keadilan, dan kemurnian di antara umat Allah terpelihara.

Kesetiaan dan ketaatan kepada Tuhan inilah yang membawa Ezra mengalami pertolongan Tuhan saat ia pulang dari Babel dan tiba di Yerusalem. Kehidupan Ezra menjadi contoh bagi kita untuk tetap memelihara kesetiaan kita dalam pelayanan serta beribadah kepada Tuhan, bahkan saat ketiadaan pengharapan. Sebab itu ingatlah bahawa pertolongan Tuhan akan nyata menyertai umat-Nya yang menunjukkan kesetiaan kepada Dia. Bagaimana dengan kita? Apakah respon anda hari ini.....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: