Sunday, February 17, 2019

Revival : Our God is with us

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : Our God is with us


Nehemiah 4:20  Wherever you hear the sound of the trumpet, rally to us there. Our God will fight for us.

Nehemia 4:20 (TB)  Dan kalau kamu mendengar bunyi sangkakala di suatu tempat, berkumpullah ke sana mendapatkan kami. Allah kita akan berperang bagi kita!



Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #48. Tahukah anda bahawa Tuhan berperang bagi anda? Apabila kita melakukan kehendak-NYA, Tuhan Yesus tidak membiarkan kita keseorangan. Dia menyertai kita. Dia peduli terhadap kita. Apabila pekerjaan kita bagi Allah sungguh-sungguh dilaksanakan dengan iman dan kerendahan hati untuk memuliakan Allah dan memperluas kerajaan-Nya, sambil menggunakan perlengkapan senjata Roh, kita dapat yakin bahawa tidak peduli sebesar apapun kesulitan itu, Allah akan berperang bagi kita.

☕ 🍞 Saat melakukan panggilan Tuhan Yesus, harus kita sedari bahawa Tuhanlah yang berdaulat ke atas panggilan dan kehendak-NYA. Anda tidak perlu risau, cuma lakukan saja apa yang sudah disampaikan kepada anda. Apapun bentuk ancaman, godaan, dan rencana musuh yang cuba menggagalkan pekerjaan Tuhan itu semua Dia yang akan uruskan. Yang penting di sini ada kita tetap setia melakukan kehendak-NYA. Kata-kata peneguhan yang diberikan oleh Nehemiah telah memberikan rakyat Israel 🇮🇱 semangat untuk meneruskan pembangunan tembok Yerusalem kerana mereka tau bahawa saat ancaman datang, Tuhan menyertai mereka dan Tuhan berperang bagi mereka.

Saudara dan saudari sekalian, apabila kita melakukan kehendak-NYA, lakukanlah dengan segenap hati kita. Penyertaan Tuhan sangatlah nyata. Janganlah kita kuatir dan risau tetapi terus fokus kepada Tuhan Yesus dan lakukan yang terbaik sebab TUHAN, Allahmu, Dialah yang berjalan menyertai kamu untuk berperang bagimu melawan musuhmu, dengan maksud memberikan kemenangan kepadamu. Bagaimana dengan anda....? Apakah respon anda hari ini.....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival #GreaterMovement

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: