Monday, February 18, 2019

Revival : God remember your works

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : God remember your works



Nehemiah 5:19  Remember me, my God, for good, [according to] all that I have done for this people.

Nehemia 5:19 (TB)  Ya Allahku, demi kesejahteraanku, ingatlah segala yang kubuat untuk bangsa ini.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #49. Tahukah anda bahawa Tuhan selalu ingat akan jerih payah anda? Manusia mudah lupa. Inilah fakta yang benar. Manusia cepat untuk melihat 👀 kesalahan kita tetapi segala kebaikan kita yang telah kita lakukan semuanya itu mereka lupakan. Namun, ketahuilah bahawa Tuhan ingat akan segala usaha anda di dalam melakukan kehendak-NYA. Tuhan Yesus tahu memberi upah kepada mereka yang taat dan setia. Jerih payah anda dalam menjangkau jiwa-jiwa bangsa dan generasi ini tidak sia-sia kerana upah mu besar di surga.

☕ 🍞 Tuhan Yesus ingat akan segala usaha dan pekerjaan anda bagi bangsa dan generasi ini. Seiring dengan itu juga upah-Nya diberikan kepada kita semua. Tetapi janganlah kita melayani untuk menerima upah sahaja. God knows how to provide for those who are faithfully serving Him. Yang penting di sini adalah supaya kita melakukan kehendak-NYA. Tuhan tidak ingat dosa dan kesalahan kita tetapi Dia ingat segala pekerjaan yang kita lakukan di dalam nama-Nya dan untuk nama-Nya. Tuhan Yesus ingat akan anda kerana anda berharga di mata Tuhan.

Saudara dan saudari sekalian, jangan pernah berfikir bahawa Tuhan Yesus tidak ingat akan anda. Dia ingat dan Dia tahu segala usaha anda dalam melakukan kehendak-NYA. Tetaplah setia melakukan kehendak-NYA. Tuhan Yesus memberkati kita semua. Hallelujah 🙌 🔥 🔥... Apakah respon anda hari ini?



You are the revivalist...!
#SpreadRevival #GreaterMovement

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: