Tuesday, February 12, 2019

Revival : The Opposition

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : The Opposition



Nehemiah 4:1  But it so happened, when Sanballat heard that we were rebuilding the wall, that he was furious and very indignant, and mocked the Jews.

Nehemia 4:1 (TB)  Ketika Sanbalat mendengar, bahwa kami sedang membangun kembali tembok, bangkitlah amarahnya dan ia sangat sakit hati. Ia mengolok-olokkan orang Yahudi



Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #43. Tahukah anda bahawa penentangan pasti ada di saat melakukan kehendak-NYA? Musuh-musuh kaum sisa yang sedikit jumlahnya itu menentang pembangunan kembali tembok Yerusalem. Nehemia dan umatnya menghadapi cemoohan, ancaman kekuatan, patah semangat, dan ketakutan. Mereka mengancam supaya pembinaan itu tidak akan diteruskan. Mereka mengancam supaya semangat mereka menjadi lumpuh dan mereka tidak akan berjaya membina tembok Yerusalem itu. Patah semangat dan ketakutan diatasi melalui iman para pemimpin yang saleh, dorongan mereka dan kesiapan mereka untuk melawan musuh.

☕ 🍞 Demikianlah pula dengan kita, saat kita bekerja untuk membangunkan kembali generasi ini, iblis akan cuba sedaya upaya untuk melumpuhkan semangat kita melalui orang-orang namun ketahuilah bahawa perjuangan kita bukanlah melawan darah dan daging, melainkan penguasa kegelapan dan roh-roh jahat. Sanbalat menjadi alat iblis dalam cubaan untuk menggagalkan rencana Tuhan dalam pemulihan Yerusalem. Di mana pun anda berada hari ini, baik di institusi pengajian, tempat kerja atau di mana saja, janganlah putus asa jikalau ada penentangan dan juga cubaan untuk melumpuhkan semangat anda. Jangan marah terhadap orang itu tetapi berdoa menentang pekerjaan iblis di sebaliknya itu. Lakukanlah semuanya sambil berdoa untuk meminta pertolongan daripada Allah. Berdoalah sentiasa, sebagaimana Roh Allah memimpin anda. Oleh itu, bersiap sedialah dan janganlah menyerah.

Bagi bangsa dan generasi kita, Tuhan Yesus mau memulihkan keadaan kita semua tetapi iblis juga tidak suka. Maka dia akan mengancam, menghasut, melumpuhkan semangat dan macam-macam lagi. Oleh itu tetaplah kuat 💪 dan berdoa 🤲. Jangan mudah putus asa. Bangsa kita dan generasi kita adalah tanggungjawab kita. Dulu sewaktu kebangkitan rohani yang terjadi di Bario pada 4hb Oktober 1973, ada penentangan dan cubaan untuk melumpuhkan semangat para pelajar itu. Biarpun begitu, mereka tetap juga mau menyebarkan api Revival itu kerana mereka tahu bahawa Tuhan Yesus menyertai mereka. Bagaimana dengan anda? Adakah anda merasakan sepertinya mau putus asa? Tidak mau lagi menjangkau jiwa-jiwa? Ketahuilah bahawa perjuangan kita bukanlah melawan darah dan daging, melainkan penguasa kegelapan dan roh-roh jahat. Apakah respon anda hari ini.....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: