Monday, January 27, 2020

Revival : Do not be misled

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Do not be misled 


Luke 21:8  He replied, "Don't let anyone mislead you, for many will come in My name, claiming, 'I am the Messiah, ' and saying, 'The time has come! ' But don't believe them." 

Lukas 21:8 (TB)  Jawab-Nya: "Waspadalah, supaya kamu jangan disesatkan. Sebab banyak orang akan datang dengan memakai nama-Ku dan berkata: Akulah Dia, dan: Saatnya sudah dekat. Janganlah kamu mengikuti mereka." 


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #27. Tahukah anda bahawa sejak dulu sampai ke hari ini terdapat ramai "nabi" palsu? Perkara ini bukan satu hal yang baru. Ia sudah mulai terjadi sejak zaman para rasul lagi. Ramai yang datang memakai nama Tuhan Yesus dn seolah-olah memimpin kepada kebenaran tetapi sebenarnya tidak.

☕🍞 Berdasarkan penelitian, jauh lebih banyak manusia mati kerana bakteria yang tidak kelihatan dengan mata kasar kerana terlalu kecil, daripada  diterkam harimau yang jauh lebih besar, lebih kuat, dan lebih seram penampakannya. Fakta ini menunjukkan bahawa bahaya yang tidak kelihatan sangat sulit dihindari, kerana dampak yang ditimbulkan tidak langsung maka sulit dikesan. Demikian pula bagi Gereja Tuhan masa kini. Bahaya yang tidak kelihatan akan membawa kehancuran yang fatal bagi misi dan keberadaannya di dunia kerana demikian juga kriteria pembawa ajaran sesat. Sepertinya "benar" tetapi penuh tipu muslihat. Tanda yang pertama adalah munculnya penyesatan, yang menggunakan nama Yesus dan mengaku diri Mesias. Penyesat yang demikian susah dikenali kerana ia menggunakan atribut-atribut kristiani dan ajarannya mirip dengan ajaran Kristian. Yesus menasihatkan kita untuk waspada supaya tidak disesatkan. Tanda utama yang pertama ini sangat penting. Menjelang akhir zaman ini penipuan dan penyesalan di bidang keagamaan akan maharajalela di muka bumi ini. Kristus sangat menginginkan para pengikut-Nya mengetahui penipuan rohani yang akan terjadi di seluruh dunia ini sesaat sebelum akhir zaman ini tiba.

Nasihat Yesus menjadi sangat relevan, yaitu waspada supaya tidak disesatkan, berawas-awas dan tidak gelisah, bertahan supaya tidak murtad.  Ramai anak muda zaman ini disesatkan, dimurtadkan oleh kerana tidak pengenalan akan Firman Tuhan serta Kepribadian Tuhan Yesus. Seperti fast food, semuanya mau cepat tetapi tidak mau mengambil masa untuk menggali firman Tuhan apalagi bersekutu dengan Tuhan. Zaman dengan senangnya boleh didapati dalam Google. Malas sangat mau membaca firman Tuhan. Tidak ada masa bersekutu dengan Tuhan Yesus. Saat tidak mengenal Firman Tuhan, maka dengan senangnya disesatkan. Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda mengenal Tuhan Yesus dengan intimnya? Apakah respon anda hari ini...?

You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: