Monday, January 20, 2020

Revival : Perseverance in prayer

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Perseverance in prayer 


Luke 18:7 Even he rendered a just decision in the end. So don't you think God will surely give justice to His chosen people who cry out to Him day and night? Will He keep putting them off?

Lukas 18:7 (TB) Tidakkah Allah akan membenarkan orang-orang pilihan-Nya yang siang malam berseru kepada-Nya? Dan adakah Ia mengulur-ulur waktu sebelum menolong mereka?


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #20. Tahukah anda bahawa Tuhan mendengar seru doa orang pilihan-Nya? Di dalam petikan Firman Tuhan ini, kita membaca tentang seorang janda yang terus menerus menyeru kepada seorang hakim untuk membela dia. Apa yang menyebabkan janda itu akhirnya mendapatkan apa yang dituntutnya dari hakim yang tidak peduli kepadanya? Pasti bukan kerana hakim itu adil atau berbelas kasihan. Bukan pula kerana hakim itu takut reputasinya rosak kerana menolak janda tersebut. Janda itu mendapatkan pembelaan hakim itu kerana hakim itu merasa terganggu dengan sikap ketidakputusan janda tersebut. 

☕ 🍞 Doa seperti apa yang didengar Tuhan? Doa yang meminta keadilan Tuhan ditegakkan dan doa yang dipanjatkan dengan iman. Doa sedemikian adalah doa yang sesuai dengan karakter Allah. Dalam perumpamaan ini, sang hakim lalim mengabulkan permohonan si janda bukan kerana hakim ini memang adil dan membela hak-hak orang tertindas. Hakim ini bertindak kerana ia tidak mau disusahkan oleh si janda ini. Kalau hakim yang lalim akhirnya terpaksa mengabulkan permohonan si janda, maka terlebih lagi Allah Bapa yang memang mengasihi orang tertindas. Pasti Ia akan membela umat-Nya yang dizalimi. Tuhan mendengar doa yang benar. Saat kita berdoa demi kebenaran Tuhan ditegakkan, Ia pasti menegakkannya demi nama-Nya dan demi kebaikan kita. Saat kita berdoa dengan percaya bahawa Dia adil dan penuh kasih, maka akan terjadilah kenyataan itu dalam hidup kita. Maka jangan pernah meragukan Allah kita, berdoalah dengan tekun dan untuk alasan yang tepat senantiasa!

Kegigihan janda ini membangkitkan amarah hakim tersebut sehingga ia mungkin merasa takut bahawa hal tersebut akan membuat hakim tersebut memperlakukannya dengan lebih buruk. Tidak demikian halnya dengan kita, kegigihan dan ketekunan di dalam doa kita menyenangkan hati Allah. Doa yang dipanjatkan oleh orang yang adil benar adalah kegirangan bagi-Nya. Oleh kerana itu, kita dapat berharap, bahawa doa kita akan sangat membuahkan hasil jika dipanjatkan dengan gigih. Adakah anda sudah berputus asa untuk berdoa? Bertekun lah di dalam doa. Tetaplah berdoa. Patience and perseverance in prayer will display His glory in every answered prayers. Apakah respon anda hari ini...?

You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: