Monday, January 13, 2020

Revival : Let go of the world

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Let Go of the world


Luke 14:26  If anyone comes to Me and does not hate his father and mother, wife and children, brothers and sisters, yes, and his own life also, he cannot be My disciple.

Lukas 14:26 (TB)  Jikalau seorang datang kepada-Ku dan ia tidak membenci bapanya, ibunya, isterinya, anak-anaknya, saudara-saudaranya laki-laki atau perempuan, bahkan nyawanya sendiri, ia tidak dapat menjadi murid-Ku.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #13. Tahukah anda bahawa sebagai pengikut Kristus, kita harus tahu yang mana menjadi keutamaan hidup kita? Apa.... Yesus menyuruh kita MEMBENCI? Membenci di sini bukanlah bermaksud ada kepahitan, benci kerana kecewa dan disakiti. Bukan itu maksud dia. Kata "membenci" dalam ayat ini berarti "kurang mengasihi". Yesus menuntut agar kesetiaan dan kasih kita kepada-Nya lebih besar daripada setiap hubungan kasih sayang yang lain, sekalipun kepada keluarga kita sendiri.

☕ 🍞 Mengikut Yesus tidak boleh setengah-setengah, harus sepenuh hati. Kata-kata Tuhan Yesus bahawa seorang pengikut Yesus harus membenci orang tua, suami-istri, dan saudara-saudaranya sebenarnya bermaksud menegaskan keutamaan hati kita lebih kepada Yesus daripada kepada hal-hal lain, termasuk kepada dirinya sendiri. Yesus berkata pada mereka bahawa jika mereka tidak "membenci" anggota keluarganya, bahkan dirinya sendiri, mereka tidak dapat menjadi murid-Nya. Yesus bukan bermaksud agar pengikut-Nya tidak menghargai keluarga mereka. Yang Ia maksudkan adalah tidak ada ikatan apapun, yang boleh melebihi kesetiaan dan ketaatan orang pada Yesus. Dialah yang harus menjadi nombor satu di dalam kehidupan kita! Tidak ada tempat buat yang lain. Hanya jika Dia menjadi prioriti utama dalam hidup seseorang, barulah dia dapat menjadi murid Yesus. Mengikut Tuhan kalau separuh hati adalah ibarat garam yang berubah menjadi tidak masin. Garam yang kehilangan rasa masin berarti kehilangan fungsinya. Demikian juga menjadi murid Tuhan yang setengah-setengah sama saja dengan tidak berfungsi apa-apa. Tidak ada gunanya selain dibuang!

Kita memang harus sedari bahawa menjadi murid Tuhan berarti siap menempatkan Yesus di atas segala kepentingan pribadi, keluarga atau karier. Ikut Yesus berarti memikul salib yang bermakna mematikan KEAKUAN dan keinginan pribadi. Hanya yang setia melakukan kehendak Tuhan dan teguh imanlah yang akan disebut murid Tuhan. Bagaimana dengan anda? Adakah pelayanan menjadi keutamaan anda? Adakah keluarga anda menjadi keutamaan anda? Adakah kerjaya anda menjadi keutamaan anda? Atau adakah Yesus yang menjadi terutama di dalam hidup kita? Apakah respon anda hari ini...?


You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: