Wednesday, November 8, 2017

Revival : Do the things which I say

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣 pagi 🌅 🌄 yang menggerakkan kita untuk melakukan perintah-perintah-Nya. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.

Revival : Do the things which I say

Luke 6:46 (NKJV)  But why do you call Me 'Lord, Lord,' and do not do the things which I say?

Lukas 6:46 (TB)  Mengapa kamu berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan, padahal kamu tidak melakukan apa yang Aku katakan?

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #312. Tahukah anda bahawa Tuhan ramai yang berseru "Tuhan, Tuhan," tetapi sebenarnya tidak melakukan apa yang dikatakan oleh Tuhan? Tuhan mengenal siapa yang benar-benar melakukan kehendak-NYA. Ramai yang berseru kepada Tuhan Yesus saat mereka betul-betul dalam keadaan yang yang sangat cemas dan perlukan bantuan tetapi daripada seramai yang berseru itu, mungkin hanya 10% sahaja yang benar-benar mencintai Tuhan dan melakukan perintah Tuhan.

☕ 🍞 Tuhan Yesus mengatakan bahawa "Bukan setiap orang yang berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan! akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga, melainkan dia yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di sorga". Firman Tuhan ini sudah lama menjadi topik perdebatan orang sebelah. Mereka mengutip sekerat daripada Firman Tuhan ini lalu memberikan soalan yang boleh menyesatkan. Tuhan Yesus tidak hanya berhenti di "Bukan setiap orang yang berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan! akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga" tetapi ada sambungannya selepas itu iaitu "MELAINKAN DIA YANG MELAKUKAN KEHENDAK BAPA-KU DI SORGA". Adakah kita sedang melakukan kehendak-NYA hari ini? Bukan kehendak kita namun kehendak-NYA terjadi, hidup ini hanya bagi-Mu. Kita selalu juga katakan kalimat ini namun adakah kita benar-benar mengertinya?

✝️Doing what He says
💪 Aktif dalam kegiatan rohani, melakukan banyak pelayanan termasuk membuat mukjizat, fasih melantunkan kalimat-kalimat teologis dan pujian kepada Tuhan bukan jaminan seseorang sungguh di pihak Tuhan. Tanda satu-satunya yang menjamin bahwa kita terhisab ke dalam Kerajaan Surga adalah kita tidak dievaluasi Tuhan sebagai "pembuat kejahatan". Dengan kata lain, bila hidup kita menunjukkan adanya perjuangan konsisten untuk hidup kudus dengan pertolongan anugerah-Nya, barulah kita memiliki jaminan sah keselamatan kita. Keselamatan bukan hasil usaha tetapi akibat kita sungguh mengizinkan anugerah-Nya membebaskan kita dari pola hidup berdosa.

Apakah itu melakukan kehendak Bapa? Kehendak Tuhan bagi hidup kita adalah supaya kita hidup kudus dan tidak bercela. Menyangkal kedagingan kita dan memikul salib kita. Mengenal isi hati Bapa dan melakukan kerinduan-Nya. Mengucap syukur di dalam segala hal. Mengasihi Tuhan dan sesama manusia. Bersekutu dengan-Nya selalu. Tinggal di dalam Tuhan Yesus. Berbuah lebat. Jauhi dosa dan hidup benar di hadapan Tuhan. Menuruti keinginan Tuhan dan bukannya keinginan kita. Adakah kita sedang melakukannya? Di Taman Getsemani, Tuhan Yesus berdoa, "Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki." Apakah respon anda hari ini...?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: