Friday, November 24, 2017

Revival : What attracts them?

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣 pagi 🌅 🌄 yang menggerakkan kita untuk menjadi seorang saksi. Ayuh kita menikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival : What attracts them?

Luke 15:1 (NKJV)  Then all the tax collectors and the sinners drew near to Him to hear Him.

Lukas 15:1 (TB)  Para pemungut cukai dan orang-orang berdosa biasanya datang kepada Yesus untuk mendengarkan Dia.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #328. Tahukah anda bahawa ada sesuatu yang menarik orang ramai datang kepada Tuhan Yesus? Just like a magnet, people are being pulled towards Christ. Do we have the magnetic force that pulls people towards Christ Jesus? Apakah yang ada pada Yesus sehingga membuatkan ramai orang datang kepada-Nya?

☕ 🍞 "Magnet" yang ada di dalam Tuhan Yesus yang telah menarik orang ramai kepada-Nya adalah.... :

1. Kasih
2. Pengampunan
3. Pengharapan
4. Keselamatan
5. Pemulihan
6. Kerendahan hati
7. Tidak memandang hina orang yang berdosa
8. Penyembuhan
9. Kuasa
10. Mencerminkan hati Bapa

Dan banyak lagi dapat disenaraikan. Now, saudara dan saudari sekalian, jika kita ada jemaat yang ramai itu belum tentu lagi dapat mengukur kesuksesan kita dalam pelayanan. Apa yang menilai keberhasilan pelayanan yang kita lakukan ialah apabila seseorang itu tertarik kepada anda kerana mereka melihat sesuatu yang berlainan di dalam anda.

✝️Are we attracting people to Christ?
🔌 Apabila hidup kita berhasil di dalam Tuhan Yesus, maka orang lain pun akan tertarik kepada anda. The characteristics of Christ in you must attract people to salvation in Christ Jesus. Adakah kita memiliki sifat sifat seperti Yesus? Orang-orang akan datang mencari anda untuk didoakan, didorong, ditolong dan sebagainya kerana mereka melihat Kristus di dalam hidup anda. Itulah sebabnya kita harus menjaga kesaksian hidup kita kerana hidup kita harus mencerminkan Tuhan Yesus dan bukannya ke"AKU"an kita. Terkadang dari segi percakapan kita sendiri, orang-orang tidak mahu mendekati kita apatah lagi mendekati Yesus hanya kerana kesaksian yang buruk yang kita tunjukkan.

Baiklah, macam mana sekarang? Di mana ada terang 💡 di situ orang-orang akan berkumpul. Di mana ada gula di situ juga ada semut 🐜. Jikalau anda satu-satunya terang di dalam kegelapan itu, maka terang itu harus menarik orang ramai kepada Tuhan Yesus. Bayangkan betapa ramai orang-orang yang percaya kepada Tuhan Yesus yang ada di dunia ini, jika mereka semuanya menjadi terang di mana Tuhan letakkan mereka, wowwwww saya percaya bahawa Revival akan terjadi. Hallelujah 🙌 🔥 🔥 🔥 🔥.....! Apakah respon anda hari ini.....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: