Monday, November 20, 2017

Revival : Faithful to the call

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣 pagi 🌅 🌄 yang mengajarkan kita untuk tetap setia. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.

Revival : Faithful to the call

Luke 12:43 (NKJV)  Blessed is that servant whom his master will find so doing when he comes.

Lukas 12:43 (TB)  Berbahagialah hamba, yang didapati tuannya melakukan tugasnya itu, ketika tuannya itu datang.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #324. Tahukah anda bahawa kita harus tetap setia melakukan tanggungjawab yang telah dipercayakan kepada kita? Seorang hamba, melakukan apa yang diperintahkan oleh Tuannya. Hamba dalam bahasa Yunani adalah "Doulos" iaitu "budak". Budak adalah satu posisi yang lebih rendah lagi daripada hamba. Adakah kita kedapatan melakukan apa yang telah diperintahkan kepada kita oleh Tuan kita?

☕ 🍞 Seorang hamba yang setia adalah seorang abdi yang setia melakukan tanggungjawabnya sama ada tuannya ada ataupun tidak. Seorang abdi adalah seorang yang mengatakan "ini aku Tuhan, bukan dengan keterpaksaan atau bukan kerana dipaksa, namun oleh kerana kasih dan cintaku kepadamu, aku sanggup melakukannya". Itulah maksudnya kata HINENI. Seorang abdi tidak bekerja untuk mendapatkan upahnya tetapi dia melakukannya dengan segenap hatinya. Dia juga tidak berpura-pura melakukan tugasan atau tanggungjawabnya.

✝️Faithful to the call
👷🏼 Adakah kita berpura-pura melakukan panggilan kita hanya sekadar dipuji puji oleh orang? Adakah kita melakukan perintah-perintah-Nya hanya apabila kita rasakan sepertinya kita mau lakukan baru kita lakukan? Ikut mood. Kalau mood bagus, baru mau melakukannya? Di tempat kerja mungkin kita boleh "mengular" dan bila bos datang saja mau tunjukkan diri kita sibuk bekerja. Tetapi di dalam melakukan perintah-perintah-Nya, kita tidak boleh mengular. Seorang abdi adalah seorang yang bukan hanya setia tetapi juga TAAT kepada perintah Tuhan.

Kita tidak tahu bila masa kedatangan Tuhan Yesus kali keduanya. Tetapi apabila Dia datang adakah kita kedapatan setia dan taat melakukan perintah-perintah-Nya ataupun kita mengular saja? Selidikilah hati kita masing-masing. Hanya Tuhan dan anda saja tahu keberadaan hati kita yang sebenar benarnya. Orang lain melihat luaran anda dan boleh mereka katakan... "wahhh luarbiasa dia melayani..." Tetapi adakah mereka tahu apakah yang ada di dalam hati kita? No...! Hanya Tuhan saja tau. Adakah kita mengatakan HINENI dengan segenap hati kita? Abraham adalah satu contoh yang baik kerana kesanggupannya untuk mengorbankan anaknya hanya kerana setia dan taat kepada perintah Tuhan. Akhirnya, Tuhan campur tangan dan menyediakan domba untuk dikorbankan. Bagaimana dengan kita? Apakah respon anda hari ini...?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: