Sunday, December 3, 2017

Revival : He Prepares

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣 pagi 🌅 🌄 yang mempersiapkan apa yang kita perlu untuk melakukan kehendak-NYA. Ayuh kita menikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival : He prepares

Luke 22:35 (NKJV)  And He said to them, "When I sent you without money bag, knapsack, and sandals, did you lack anything?" So they said, "Nothing."

Lukas 22:35 (TB)  Lalu Ia berkata kepada mereka: "Ketika Aku mengutus kamu dengan tiada membawa pundi-pundi, bekal dan kasut, adakah kamu kekurangan apa-apa?"

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #337. Tahukah anda bahawa Tuhan yang mengutus anda, Dia juga menyediakan segala keperluan yang anda perlukan untuk melakukan kehendak-NYA? Tuhan mengutus Abraham ke tanah Moria ke satu pergunungan di sana untuk mengorbankan Ishak. Mari kita lihat bagaimana Tuhan menyediakan untuk Abraham.

☕ Apa yang saya belajar daripada pribadi Abraham adalah beliau seorang yang TAAT DAN SETIA kepada Tuhan. Pasti dia ada perasaan sedih 😢 kerana harus lakukan apa yang diminta oleh Tuhan. Namun, itu tidak menghalang Abraham untuk melakukan apa yang Tuhan perintahkan. Ketaatan dan kesetiaan Abraham kepada Tuhan membuatkan kepercayaannya kepada Tuhan makin kukuh dan teguh. Dia tahu bahawa kalau Tuhan yang mengutus maka Tuhan juga akan menyediakan segala sesuatu.

✝️He Prepares
Masa sekarang, jika diundang untuk berkotbah ataupun untuk buat worship "concert" yang diundang itu akan bertanya tentang berapakah bayaran yang diberikan. Jika kita diutus oleh Tuhan, maka perlukah kita pertikaikan tentang bayaran dan sebagainya? Saya percaya bahawa Tuhan akan sediakan segala sesuatu yang saya perlukan apabila Dia mengutus saya untuk melakukan kehendak-NYA.

Apakah yang sedang anda bawa saat anda diutus? Adakah anda sedang membawa berita Injil ataupun anda mengharapkan sesuatu apabila diutus? Mungkin setiap orang berlainan caranya. Ketaatan dan kesetiaan Abraham dalam percaya kepada-Nya telah melihat. Saat kita diutus, taati dan lakukanlah tanpa mengharapkan apapun. Tuhan pasti akan menyediakan. Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: