Friday, December 1, 2017

Revival : Testify Bravely

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣 pagi 🌅 🌄 yang menggerakkan kita untuk berani bersaksi. Ayuh kita menikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival : Testify bravely

Luke 21:13 (NKJV)  But it will turn out for you as an occasion for testimony.

Lukas 21:13 (TB)  Hal itu akan menjadi kesempatan bagimu untuk bersaksi.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #335. Tahukah anda bahawa Tuhan yang memberikan kita keberanian untuk bersaksi? Keberanianmu, sukacitamu, dan keteguhanmu dalam menghadapi penderitaan-penderitaan akan memberi kesaksian mengenai engkau, bahawa anda memang memercayai apa yang anda wartakan itu, bahawa anda disokong oleh kuasa ilahi, dan bahawa Roh Allah dan kemuliaan-Nya ada di dalam dirimu.

☕ 🍞 Setiap situasi dalam kehidupan kita memberikan kita kesempatan untuk bersaksi tentang kebaikan dan kemurahan Tuhan Yesus. Terkadang Tuhan mengizinkan kita untuk melewati situasi-situasi yang tidak terduga supaya lewat situasi itu kita mempunyai kesempatan untuk menyaksikan kebaikan Tuhan Yesus kepada mereka yang lain. Apakah yang sedang kita belajar daripada setiap situasi yang kita lewati? Adakah kita sedang bersyukur ataupun bersungut-sungut? Biar apapun yang terjadi, di sana ada peluang untuk anda mengkhabarkan Berita Baik.

✝️Testify Bravely
Penderitaan kerana iman terus dialami orang beriman dari zaman ke zaman. Dilarang beribadah, gereja ditutup, gereja tidak boleh dibangun, tidak dapat kenaikan jawatan atau sulit mendapat pekerjaan kerana iman kita, adalah beberapa wujud penderitaan kerana iman yang kita alami sekarang ini. Berat? Ya. Menyerah? Jangan! Meskipun berat, kiranya kita tidak goyah kerana Dia menyertai dan kita pun memiliki pengharapan iman bahawa suatu saat kelak kita akan bertemu Dia di surga. Biar apa sekalipun keadaan situasi kita, ada kesempatan untuk menjadi saksi dan mengabarkan berita Injil keselamatan kepada setiap suku bangsa.

Adakah anda sedang melewati satu keadaan yang genting? Adakah anda dituduh itu dan ini? Adakah anda menjadi mangsa keadaan oleh kerana iman anda? Adakah tindakan kita memberikan kesaksian akan iman kita ataupun kita pun terikut-ikut perasaan kita? Apakah respon anda hari ini...?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: