Sunday, March 11, 2018

Revival : Unshakable Faith

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣 pagi 🌅 🌄 yang meneguhkan iman kita. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.

Revival : Unshakable Faith

Romans 10:17 (NKJV)  So then faith comes by hearing, and hearing by the word of God.

Roma 10:17 (TB)  Jadi, iman timbul dari pendengaran, dan pendengaran oleh firman Kristus.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #70. Tahukah anda bahawa iman kita makin kuat apabila kita terus mendengar Firman Tuhan? Terkadang kita mudah percaya kepada gosip dan sebagainya saat kita MENDENGAR berita palsu dan tidak betul. Tetapi bila Tuhan berbicara kepada kita melalui firman-Nya, sangat sulit bagi kita untuk menerima dan percaya 😅. Bagaimana iman kita mau makin teguh dan kuat jika kita tidak membaca dan merenungkan Firman Tuhan? Bagaimana kita mau berakar, bertumbuh dan berbuah lebat jika kita tidak mendengarkan firman-Nya dan melakukan perintah-perintah-Nya?

☕ 🍞 Paulus mengatakan bahawa "beriman bererti yakin sungguh-sungguh akan perkara-perkara yang diharapkan, dan mempunyai kepastian akan perkara-perkara yang tidak dapat kita lihat." Orang yang bersandar kepada firman Tuhan tak akan kecewa kerana janji-Nya pasti digenapi. Saya mau tegaskan di sini, bahawa iman kita akan makin hari makin kuat dan tidak tergoncangkan hanya apabila kita membaca, merenungkan, mendengarkan dan melakukan apa yang dikatakan oleh Firman Tuhan. Jikalau kita melewati saat-saat cemas di dalam hidup kita, tidak perlu kita gementar dan takut kerana kita mempunyai janji-Nya yang hidup yang menggerakkan kita untuk "berjalan di atas badai" yang menghantam kita.

Orang-orang yang tidak mendengarkan firman Tuhan cepat goyah kerana imannya tidak berakar di dalam Tuhan Yesus. Tidak ada dasar yang teguh dan apabila datang banjir, rumah yang dibina di atas pasir, dihanyutkan bersama dengan banjir itu. Kita menerima kehidupan daripada firman-Nya. Dan jika firman-Nya tidak berakar di dalam hidup kita, maka kerohanian kita makin hari makin melarat dan mudah dipengaruhi oleh sekeliling kita. Janganlah engkau lupa memperkatakan kitab Taurat ini, tetapi renungkanlah itu siang dan malam, supaya engkau bertindak hati-hati sesuai dengan segala yang tertulis di dalamnya, sebab dengan demikian perjalananmu akan berhasil dan engkau akan beruntung. Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: