Sunday, December 8, 2019

Revival : Arise

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Arise

Luke 7:14  Then He came and touched the open coffin, and those who carried [him] stood still. And He said, "Young man, I say to you, arise."

Lukas 7:14 (TB)  Sambil menghampiri usungan itu Ia menyentuhnya, dan sedang para pengusung berhenti, Ia berkata: "Hai anak muda, Aku berkata kepadamu, bangkitlah!"


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #342. Tahukah anda bahawa Tuhan mau kita bangkit? Sambil menghampiri usungan atau peti mati itu, tempat jasad anak muda itu diletakkan, Ia menyentuhnya, sebab tidak ada yang najis bagi-Nya. Dengan sikap ini Ia memberikan isyarat kepada para pengusung keranda agar mereka berhenti. Ada sesuatu yang perlu dikatakan-Nya kepada anak muda yang sudah mati itu. Segera saja para pengusung itu berhenti, dan boleh jadi mereka meletakkan usungan itu di tanah dan membuka peti matinya jika tertutup. Kemudian,  Ia berkata, "Hai anak muda, Aku berkata kepadamu, bangkitlah!" Anak muda itu sudah mati dan tidak mampu bangkit berdiri dengan kekuatan sendiri sama seperti orang yang mati secara rohani kerana pelanggaran dan dosa-dosanya. Namun, bagi Kristus sama sekali tidak mustahil untuk menyuruhnya bangkit, ketika kuasa yang mengalir bersama perkataan itu menghidupkannya kembali.

☕ 🍞 Panggilan Injil kepada semua orang, teristimewa kepada kaum muda, adalah, "Bangkitlah, bangkitlah dari antara orang mati, dan Kristus akan memberimu terang dan kehidupan." Kuasa Kristus atas maut terbukti melalui akibat langsung dari perkataan-Nya itu. Maka bangunlah orang yang sudah mati itu. Apakah kita memiliki anugerah Kristus? Biarlah kita menunjukkannya. Bukti lain bahawa anak muda itu hidup adalah ia mulai berkata-kata. Bila saja Kristus memberikan kehidupan rohani kepada kita, Ia akan membuka mulut orang untuk berdoa dan memuji. Kebangkitan Rohani hanya terjadi apabila Yesus ada di sana kerana Yesus adalah empunya kebangkitan itu tersendiri. Tuhan Yesus mengatakan bahawa "Dialah kebangkitan..." maka jika anda mau dibangkitkan kembali, pastikan anda ada Yesus di dalam hidup anda. Tanpa Yesus, tiada kebangkitan. Ramai juga memikirkan bahawa mustahil sangat untuk melihat suatu kebangkitan rohani yang luar biasa di zaman ini. Sebenarnya, sepertimana Yesus katakan dalam Firman yang kita bacakan, kebangkitan rohani itu tidak mati, tidak terkubur ataupun telah hilang entah ke mana, tetapi ia cuma sedang "tidur" dan masanya telah tiba untuk kita membangkitkan kembali gelombang kebangkitan rohani ini. Ia cuma tidur sahaja.

Generasi muda harus dibangkitkan kerana mereka terjebak di dalam hal-hal keduniaan sehingga kerohanian mereka mati. Generasi muda adalah sangat penting kerana merekalah yang akan menerima baton perlumbaan iman dan meneruskan tugas pemberitaan Injil serta menjangkau jiwa-jiwa. Realitinya, generasi muda sekarang lebih memberikan diri mereka kepada hal-hal keduniaan daripada melakukan kehendak-NYA. Kebangunan rohani menjadi sekadar satu trend dan hype. Tidak mau dimuridkan. Tidak mau diajar. Sudahkah kita memperlengkapi dan mempersiapkan generasi muda kita? Apakah respon anda hari ini?

You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: