Monday, February 3, 2020

Revival : The anguish of being separated

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : The anguish of being separated


Luke 22:42  " Father, if You are willing, please take this cup of suffering away from Me. Yet I want Your will to be done, not Mine."

Lukas 22:42 (TB)  "Ya Bapa-Ku, jikalau Engkau mau, ambillah cawan ini dari pada-Ku; tetapi bukanlah kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mulah yang terjadi."


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #34. Tahukah anda bahawa perpisahan yang amat menyakitkan adalah apabila kita dipisahkan daripada Tuhan? Saya fikir-fikir tidak mungkin Yesus Kristus sedang berdoa agar dibebaskan dari kematian jasmaniah, kerana Ia sudah membulatkan tekad untuk mati kerana dosa manusia. Saya juga fikir-fikir bahawa  besar kemungkinannya Ia sedang berdoa agar dibebaskan dari hukuman perpisahan dari Allah, hukuman yang tertinggi atas dosa.

☕ 🍞 Ketakutan Yesus yang selalu memikirkan perpisahan dengan Allah, semakin mendorong Dia berdoa dengan lebih keras dan serius. Yesus berdoa hingga cucuran keringat-Nya dilukiskan seolah seperti darah. Ini suatu pergumulan paling berat yang Yesus alami sebelum Ia naik ke kayu salib, dan mati di sana. Dosa memisahkan manusia dan Tuhan. Perpisahan yang Yesus alami oleh kerana dosa dunia membuatkan hati-Nya sangat berat dan dipenuhi dengan ketakutan dan kesedihan yang amat luarbiasa. Sekiranya Yesus sendiri merasakan begitu, apalagi kita yang manusia ini tidak serik-serik melakukan dosa dan tidak ada perasaan takut dan sedih saat melakukan dosa. Tuhan Yesus pasti memiliki hubungan akrab tanpa cacat dengan Allah Bapa-Nya di surga. Itu terbukti di dalam kebiasaan-Nya yang diketahui oleh para murid, yaitu berdiam diri dan berdoa. Namun, Dia tidak melakukan apa-apa sehingga layak mengalaminya, tetapi Dia harus melewati pengalaman tersebut jika ingin menuntaskan pekerjaan-Nya. Tetapi bukanlah kehendak-Ku. Kata-kata ini bukan mengungkapkan suatu penyerahan sambil menggerutu atau pasrah kepada nasib, tetapi menunjukkan kesediaan untuk menjelaskan kehendak Bapa sebagai hal terbaik dan juga menunjukkan kerinduan ulama hati-Nya.

Perpisahan oleh kerana dosa lebih sakit daripada perpisahan kerana putus cinta. Ramai orang Kristian bersikap sambil lewa dengan dosa. Apabila manusia terpisah dengan Tuhan oleh kerana dosa, maka sumber kehidupannya pun sudah tidak ada dn dia seperti "mayat" yang hidup. Tidak ada nyawa walaupun hidup. Yesus sanggup memikul dosa kita semua supaya kita tidak dipisahkan daripada kasih Tuhan dan kita peroleh kasih karunia Tuhan. Bagaimana dengan anda? Adakah kita sudah bertobat sesungguhnya? Apakah respon anda hari ini...?

You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: