Sunday, February 23, 2020

Revival : Spiritual pride leads to spiritual blindness

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣

Revival : Spiritual Pride leads to Spiritual blindness


John 9:34  " You were born a total sinner! " they answered. "Are you trying to teach us? " And they threw him out of the synagogue.

Yohanes 9:34 (TB)  Jawab mereka: "Engkau ini lahir sama sekali dalam dosa dan engkau hendak mengajar kami?" Lalu mereka mengusir dia ke luar.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #54. Tahukah anda bahawa kesombongan rohani akan memimpin kita kepada kebutaan rohani? Orang-orang Farisi menyoal-siasat  orang buta ini yang telah sembuh itu dengan pertanyaan yang amat sinis. "Katakanlah kebenaran di hadapan Tuhan". Ucapan itu diberi arti "apriori", yaitu menuntut orang tersebut mengaku bersalah. Mereka bukan mencari kebenaran, tetapi menginginkan jawaban yang memuaskan diri sendiri.

☕ 🍞 Orang-orang Farisi ini sudah memutuskan bahawa Tuhan Yesus bukan berasal dari Allah, sebaliknya Ia adalah orang berdosa. Dengan otoritas mereka sebagai pemimpin agama, mereka memaksa orang yang dicelikkan matanya itu menyangkal mukjizat yang dia terima. Sikap mereka ini menunjukkan kebodohan dan keterbatasan mereka menafsirkan Hukum Taurat! Kebodohan mereka nyata dari cara mereka memaksa fakta harus sesuai dengan teori. Orang berdosa tidak mungkin mengadakan mukjizat seperti itu, maka pasti mukjizat itu tidak dapat terjadi. Padahal mukjizat sudah terjadi dan saksinya ada di depan mata mereka. Kesombongan mengakibatkan kemusnahan, dan keangkuhan mengakibatkan keruntuhan. Kecongkakan manusia terjadi saat mereka menganggap dirinya lebih penting daripada Allah. Ini satu kekejian di hadapan Tuhan. Pengamsal mengingatkan bahawa ajaran tersebut seolah-olah terlihat lurus dan benar, tetapi ujungnya membawa manusia kepada maut. Itulah hakekat dan esensi dari dosa.

✍🏻 Orang buta yang sudah melihat dipaksa untuk menyangkal Mukjizat pertama yang terjadi di dalam hidupnya. Orang Farisi yang dapat melihat pulak menjadi "buta" kerana keegoan mereka. Keangkuhan melahirkan pemberontakan, dan kita akan memberontak terhadap Allah. Tidak mau menerima kebenaran Firman Yesus kerana kita fikir bahawa kita betul. Tidak mahu menerima teguran kerana kita fikir bahawa kita ini always right. Apabila orang menegur, kita bertanya "kamu ingat diri kamu lebih bagus daripada saya?" Nah ini semua adalah kesombongan yang timbul kerana tidak ada kerendahan hati. Kalau kita tergolong dalam kategori "orang Farisi" ini, hari ini masih punya kesempatan bagi kita untuk bertobat dan berbalik kepada Tuhan Yesus. Bagaimana dengan anda...? Apakah respon anda hari ini...?

You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: