Friday, February 21, 2020

Revival : Refusal to heed the voice of the Lord

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣

Revival : Refusal to heed the voice of the Lord 


John 8:43-44  Why can't you understand what I am saying? It's because you can't even hear Me!
For you are the children of your father the devil, and you love to do the evil things he does. He was a murderer from the beginning. He has always hated the truth, because there is no truth in him. When he lies, it is consistent with his character; for he is a liar and the father of lies.

Yohanes 8:43-44 (TB)  Apakah sebabnya kamu tidak mengerti bahasa-Ku? Sebab kamu tidak dapat menangkap firman-Ku.
Iblislah yang menjadi bapamu dan kamu ingin melakukan keinginan-keinginan bapamu. Ia adalah pembunuh manusia sejak semula dan tidak hidup dalam kebenaran, sebab di dalam dia tidak ada kebenaran. Apabila ia berkata dusta, ia berkata atas kehendaknya sendiri, sebab ia adalah pendusta dan bapa segala dusta.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #52. Tahukah anda bahawa Ketidakpercayaan kepada Tuhan Yesus sama dengan memberontak terhadap kebenaran firman-Nya? Mendengar firman Yesus berarti mendengar kebenaran kerana yang disampaikan adalah kebenaran yang berasal dari Allah. Kebenaran sejati akan menguakkan dosa. Orang percaya tidak akan kompromi lagi pada dosa kerana dosa dan kebenaran tidak pernah sejalan. Dosa milik Iblis; kebenaran milik Allah. Yang tetap berdosa berarti tetap menjadikan Iblis sebagai bapanya, tetapi yang melakukan kebenaran firman Yesus berarti menjadikan Allah sebagai Bapanya.

☕ 🍞 Dusta, pemberontakan, ketidaktaatan, penzinahan dan macam-macam lagi disebut sebagai ciri khas Iblis; dia sumber segala kebohongan. Dusta, pemberontakan, ketidaktaatan, penzinahan adalah dosa yang bertentangan dengan pikiran Allah, yang adalah kebenaran. Acuh tak acuh terhadap dosa dusta merupakan salah satu tanda yang pasti dari keadaan yang tidak saleh, satu petunjuk bahawa seseorang belum dilahirkan oleh Roh Kudus  tetapi berada di bawah pengaruh Iblis selaku bapa rohaninya. Banyak orang Kristian yang masih kompromi dengan dosa meski tahu bahawa dosa membawa ketakutan dan membuat hidup jadi kacau.  Orang Kristian seperti ini belum melepaskan diri dari jerat Iblis. Pengikut Yesus harus menjadikan kebenaran sebagai dasar hidup merdeka. Kebenaran membawa hidup orang Kristian semakin mengenal Allah. Kebenaran juga yang akan membongkar setiap dosa. Maka sebagai pengikut Yesus, hiduplah dalam kebenaran-Nya!

✍🏻 Sesiapa terus-menerus berbuat dosa, dia anak Iblis, kerana Iblis berdosa sejak permulaan. Justeru untuk hal inilah Anak Allah datang bagi memusnahkan pekerjaan Iblis. Sesiapa yang menjadi anak Allah, tidak terus-menerus berbuat dosa kerana sifat Allah sendiri ada padanya. Kerana Allah itu Bapanya, dia tidak dapat terus-menerus berbuat dosa. Inilah perbezaan antara anak Allah dengan anak Iblis: Sesiapa tidak melakukan kehendak Allah, atau tidak mengasihi saudaranya, dia bukanlah anak Allah. Bagaimana dengan anda...? Apakah respon anda hari ini..?

You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: