Thursday, February 6, 2020

Revival : In the Beginning

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : In the Beginning 

John 1:1 In the beginning the Word already existed. The Word was with God, and the Word was God.

Yohanes 1:1 (TB) Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah. 


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #37. Tahukah anda bahawa Tuhan Yesus sudah ada sebelum dunia diciptakan? Yesus sudah ada pada waktu ciptaan dunia ini. Melalui Dia, dunia diciptakan. Injil Yohanes dibuka dengan penegasan bahwa Yesus adalah Allah dan manusia. Yohanes mempergunakan istilah "logos" (firman) guna mengungkapkan keberadaan dan kehadiran Yesus di luar ruang dan waktu. Yesus adalah Pencipta segala sesuatu. Yohanes tidak hanya memakai istilah logos, namun juga istilah terang. Kata 'terang' yang dipakai Yohanes dikaitkan dengan keberadaan dan kehadiran Yesus di dalam ruang dan waktu. Yesus bukan hanya Pencipta, tetapi juga Penyelamat. Tanpa Yesus, manusia akan hidup dalam kegelapan.

☕ 🍞 Tujuan dan maksud utama dari pasal ini adalah untuk meneguhkan iman kita kepada Kristus sebagai Anak Allah yang kekal, dan sebagai Mesias serta Juruselamat yang benar bagi dunia, agar kita menerima-Nya, bergantung kepada-Nya sebagai Tuhan, Imam, Raja dan Penyelamat kita, serta menyerahkan diri kita untuk diatur, diajar, dan diselamatkan oleh-Nya. Ada tiga bahagian yang kita belajar bersama di dalam petikan Firman Tuhan ini. 

1. Pada mulanya adalah Firman.
♥️ Kristus sudah ada sejak semula bersama-sama dengan Bapa sebelum dunia ini dijadikan. Dia sebagai Oknum sudah ada sejak kekekalan, berbeda dari, namun dalam persekutuan abadi dengan Allah Bapa. Ia adalah gambar Allah yang tidak kelihatan, yang sulung, lebih utama dari segala yang diciptakan, kerana di dalam Dialah telah diciptakan segala sesuatu, yang ada di sorga dan yang ada di bumi, yang kelihatan dan yang tidak kelihatan, baik singgasana, maupun kerajaan, baik pemerintah, maupun penguasa; segala sesuatu diciptakan oleh Dia dan untuk Dia. Ia ada terlebih dahulu dari segala sesuatu dan segala sesuatu ada di dalam Dia.

2. Firman itu bersama-sama dengan Allah
♥️ Ternyata bahawa Firman iaitu Yesus telah ada sejak sebelum dunia diciptakan dan memiliki satu perhubungan dengan Allah. Firman itu turut terlibat di dalam proses penciptaan. Kata Firman* ini dipakai kira-kira 330 kali dalam Perjanjian Baru. Kata ini mempunyai arti seperti "kata", "hal", "akal", "alasan", dan "pertanggungjawaban", yaitu arti-arti yang jelas berbeda dari apa yang dimaksudkan dalam nas ini, di mana Firman itu adalah seorang pribadi. Sejak adanya Allah, Firman pun sudah ada. Ini berarti bahawa Firman memiliki kepribadian yang lain dari Allah Bapa, tetapi Firman dan Allah Bapa bersekutu bersama-sama.

3. Firman itu adalah Allah
♥️ Yohanes tidak mengatakan bahawa Allah adalah Firman itu. Dia tidak mengatakan bahawa Firman merupakan salah satu sebutan untuk Allah. Yang dia katakan adalah bahawa Dia, yang sudah berada dengan Allah Bapa sejak semula, adalah Allah. Lagipula dia tidak berkata bahawa Firman itu ilahi. Bukan kata "ilahi" yang dipakai, tetapi kata Allah. Maksudnya, Yohanes tidak mengatakan bahawa "Firman itu adalah 'seorang' Allah yang lain ataupun salah satu Allah, tetapi Yohanes mengatakan bahawa FIRMAN ITU ADALAH ALLAH.

Untuk memahami Firman Allah kira tidak boleh mencari ertinya dari Google atau apa, tetapi harus mengenal Dia secara pribadi dan memiliki hubungan yang intim. Allah ingin dan rindu agar manusia ciptaan-Nya mengenal-Nya dan bersekutu dengan-Nya. Sudahkah anda mengenal Firman Allah? Bagaimana dengan anda...? Apakah respon anda hari ini...?

You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: