Friday, July 22, 2016

Revival: Salvation is now

Sarapan 🍳 ☕ 🍝 🍜 🍞 🍲 🍚 🍘 🍙 🍛 🍖 🍗 🍗 🍱 🍣 🍩 🍪 🍇 🍒 🍓 🍉 🌽 pagi 🌅 ☀ 🌞 yang memberikan kita kesempatan untuk pertobatan dan keselamatan. Ayuh kita nikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival: Salvation is now.

2 Corinthians 6:2  For He says: [" In an acceptable time I have heard you,] [And in the day of salvation I have helped you. "] Behold, now [is] the accepted time; behold, now [is] the day of salvation.

2 Korintus 6:2 (BM)  Di dalam Alkitab, Allah berfirman, "Pada masa yang diperkenankan, Aku sudah mendengarkan engkau, dan pada hari penyelamatan, Aku sudah menolong engkau." Ketahuilah bahawa sekaranglah masa yang diperkenankan Allah, dan sekaranglah hari kamu diselamatkan!

Shalom saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #204. Tahukah anda bahawa hari ini adalah hari penyelamatan anda dan keselamatan sudah tiba? The gospel is a word of grace sounding in our ears. The gospel day is a day of salvation, the means of grace the means of salvation, the offers of the gospel the offers of salvation, and the present time the proper time to accept these offers. Tidak ada masa yang lebih baik daripada sekarang ini untuk anda dan saya bertobat dan kembali kepada Tuhan. Inilah masa penyelamatan kita, ayuh kita menyahut panggilan Tuhan untuk pertobatan supaya Dia mengirimkan waktu penyegaran kepada kita.

1. Salvation is now
Yesaya 49:8 (TB)  Beginilah firman TUHAN: "Pada waktu Aku berkenan, Aku akan menjawab engkau, dan pada hari Aku menyelamatkan, Aku akan menolong engkau; Aku telah membentuk dan memberi engkau, menjadi perjanjian bagi umat manusia, untuk membangunkan bumi kembali dan untuk membagi-bagikan tanah pusaka yang sudah sunyi sepi,

🍱🍣 Satu pergerakan Revival sedang Tuhan gerakkan sekarang. Kedengaran berita pertobatan dan penuaian sedang terjadi. Inilah masanya untuk kita diselamatkan, dan dipakai oleh Tuhan untuk menjangkau jiwa-jiwa yang terhilang. Doa-doa serta tangisan anda tidak menjadi sia-sia kerana inilah masa penyelamatan dan pertobatan bagi bangsa-bangsa. Tuhan telah mendengar, Dia menjawab dan akan menyelamatkan setiap orang di akhir zaman ini kerana Tuhan sedang mengerjakan pemulihan bangsa-bangsa, perdamaian bangsa-bangsa serta kebangkitan rohani yang dahsyat dan luarbiasa.

👂👂 Tuhan MENDENGAR
Tuhan telah mendengar setiap titisan airmata mu di dalam doamu untuk pertobatan bangsa-bangsa dan juga kebangkitan rohani. Telinga Tuhan tidak tersumbat ataupun pekak. Dia mendengar setiap seruan doamu.

👄👄 Tuhan MENJAWAB
Tuhan menjawab seruan doamu bukan mengikut masa anda tetapi Tuhan menjawabnya indah pada waktu-Nya, seiring kehendak-Nya dan rencana-Nya. Kita tidak boleh menyuruh Tuhan bekerja mengikut masa kita. Sepertinya kita berdoa tetapi tidak ada jawapan daripada Tuhan, jangan berhenti berharap, Tuhan menjawab seruan doamu bukan mengikut masa anda tetapi masa Tuhan.

💒💒 Tuhan MENYELAMATKAN
Maka engkau, janganlah takut, hai hamba-Ku Yakub, demikianlah firman TUHAN, janganlah gentar, hai Israel! Sebab sesungguhnya, Aku menyelamatkan engkau dari tempat jauh dan keturunanmu dari negeri pembuangan mereka. Yakub akan kembali dan hidup tenang dan aman, dengan tidak ada yang mengejutkan. Sebab Aku menyertai engkau, demikianlah firman TUHAN, untuk menyelamatkan engkau: segala bangsa yang ke antaranya engkau Kuserahkan akan Kuhabiskan, tetapi engkau ini tidak akan Kuhabiskan. Aku akan menghajar engkau menurut hukum, tetapi Aku sama sekali tidak memandang engkau tak bersalah.

Jadi, saudara dan saudari sekalian apakah yang sedang menghalang anda daripada kembali kepada Tuhan? Apakah anda merasakan bahawa anda boleh membeli keselamatan anda dengan segala kemewahan dunia ini? Apakah kemewahan dunia ini yang diberikan oleh iblis mengikat kita sehingga kita tidak mampu dan tidak mau menerima keselamatan yang telah dijanjikan oleh Tuhan? Iblis menawarkan segala kemewahan dan kuasa itu kepada Yesus, tetapi Yesus mengalahkan segala tipu muslihat iblis. Ketahuilah bahawa sekaranglah masa yang diperkenankan Allah, dan sekaranglah hari kamu diselamatkan! Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: