Sunday, December 18, 2016

Revival: I am confident

Sarapan 🍳 ☕ 🍝 🍜 🍞 🍲 🍚 🍘 🍙 🍛 🍖 🍗 🍗 🍱 🍣 🍩 🍪 🍇 🍒 🍓 🍉 🌽 pagi 🌅 ☀ 🌞 yang penuh dengan keyakinan yang kokoh di dalam Tuhan Yesus. Ayuh kita nikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival: I am confident

Philippians 1:6  being confident of this very thing, that He who has begun a good work in you will complete [it] until the day of Jesus Christ;

Filipi 1:6 (TB)  Akan hal ini aku yakin sepenuhnya, yaitu Ia, yang memulai pekerjaan yang baik di antara kamu, akan meneruskannya sampai pada akhirnya pada hari Kristus Yesus.

Shalom dan salam Revival saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #353. Tahukah anda bahawa pergerakan yang dimulai oleh Tuhan Yesus di dalam hidup kita, Dia juga akan meneruskannya sampai kedatangan-Nya yang ke dua kalinya? Our God doesn't do any "half-boiled egg" works. If He has begun something in us, He will make sure that it is completed. Ramai yang setelah percaya kepada Tuhan Yesus, hati mereka berkobar-kobar untuk melakukan sesuatu bagi Tuhan tetapi lama kelamaan ia makin pudar. Kenapa? Kerana keyakinan kita kepada Tuhan Yesus makin pudar dan kita sepertinya menjadi Kristian "telur separuh masak". Pada mula-mula saja hangat-hangat lepas itu tinggalkan semua terbengkalai begitu saja. Jangan biarkan kebangkitan rohani yang terjadi di dalam hidup kita terbengkalai begitu saja.

1. I am confident
1 Tesalonika 5:24 (TB)  Ia yang memanggil kamu adalah setia, Ia juga akan menggenapinya.

☕🍞 Saya yakin bahawa pekerjaan Tuhan di dalam hidup saya bukanlah hanya setengah jalan sahaja, tetapi Tuhan akan menggenapinya. Kebangkitan rohani yang terjadi di dalam hidup kita adalah satu permulaan yang baru. Dia yang memulakannya Dia akan membawa kepada kesudahannya. Panggillan Tuhan bukanlah hanya untuk meninggalkan anda di pertengahan jalan tetapi adalah untuk digenapi. Adalah kita yang meninggalkan panggilan Tuhan itu di pertengahan jalan.

Sepertimana Tuhan setia kepada kita, adakah kita setia kepada Tuhan....? Saya yakin bahawa pekerjaan Tuhan di dalam hidup saya akan terus membentuk kepribadian saya, terus menggerakkan saya, memulihkan saya. Aku yakin bahawa Allah, yang sudah memulakan pekerjaan yang baik pada diri anda, akan meneruskannya sehingga selesai pada Hari Kristus Yesus datang kembali. Apakah anda yakin bahawa Tuhan sedang melakukan pekerjaan yang baik di dalam hidup anda ataupun anda sudah hilang keyakinan itu lewat beberapa hal yang terjadi di dalam hidup anda? Apakah respon anda hari ini...?

You are the revivalist...!

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: