Wednesday, December 28, 2016

Revival : The Journey

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🌭 🌮 🌯 🍝 🍖 🍕 🍗 🍟 pagi 🌅 yang penuh dengan penyertaan Tuhan dalam perjalanan kita. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.

Revival : The Journey

Deuteronomy 2:24 (NKJV)  " 'Rise, take your journey, and cross over the River Arnon. Look, I have given into your hand Sihon the Amorite, king of Heshbon, and his land. Begin to possess it, and engage him in battle.

Ulangan 2:24 (TB)  Bersiaplah kamu, berangkatlah dan seberangilah sungai Arnon. Ketahuilah, Aku menyerahkan Sihon, raja Hesybon, orang Amori itu, beserta negerinya ke dalam tanganmu; mulailah menduduki negerinya dan seranglah Sihon.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #363. Tahukah anda bahawa perjalanan Revival tidak sepatutnya berhenti di tengah jalan tetapi ia harus diperturunkan kepada generasi yang akan datang? Revival is like a baton that ww must constantly continue to pass it on so that revival will go on and never stop. Ini adalah sedikit info tentang kebangkitan rohani yang telah terjadi di Borneo. Ba'Kelalan revival happens in 1930's.  Bario Revival happens in 4th October 1973.  Ba'Kelalan revival happens again in 6th November 1973.  Ba'Kelalan revival happens again in 1984. Selepas itu apa yang telah terjadi...?

1.  The Journey
1 Raja-Raja 19:7 (BM)  Malaikat TUHAN kembali dan membangunkannya sekali lagi. Katanya, "Bangunlah dan makanlah, supaya engkau tahan dalam perjalanan yang jauh."

☕ 🍞 The Journey of revival. Kenapakah kita masih belum melihat satu kebangunan rohani yang sepertimana telah terjadi dahulu? Kerana perjalanan Revival telah "tergendala sementara waktu" kerana kita sudah menjadi selesa dengan keadaan kita dan sekarang Tuhan memerlukan seseorang untuk meneruskannya kembali. Siapakah yang sanggup berdiri bagi generasi ini? Siapakah yang sanggup pass baton itu kepada generasi ini?

Saudara dan saudari sekalian, ramai di antara kita telah mengalami kebangkitan rohani tetapi kita tidak teruskan "perlumbaan" Revival ini dan berhenti begitu saja dan tidak pass api kebangkitan rohani itu kepada yang lain.  Ayuh saudara dan saudari sekalian, bangunlah,  bangkitlah dan teruskan perjalanan Revival ini.  The journey of revival must go on! Ini bukanlah masa untuk berehat tetapi masa untuk bekerja. Ramai yang mahukan perubahan tetapi apabila ditanya siapa yang mau diubah, tidak ramai yang mahu. Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: