Wednesday, March 29, 2017

Revival : To be delivered

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍰🍯🍮🍭🌮🌭🍬🍫🍿🍘🍡🍲🍚🍛 pagi 🌅 yang membangkitkan kita untuk dilepaskan daripada segala kemunduran. Ayuh kita menikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival : To be delivered

Psalms 56:13 (NKJV)  For You have delivered my soul from death. Have You not kept my feet from falling, That I may walk before God In the light of the living?

Mazmur 56:13 (AVB)  Kerana Engkau telah menyelamatkan aku daripada maut dan mengelakkan kakiku daripada tergelincir, supaya aku dapat melangkah di hadapan Allah dalam cahaya orang yang hidup.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #88. Tahukah anda bahawa Tuhan telah membangkitkan anda kembali supaya anda terlepas daripada jurang perangkap iblis? Revived to be delivered. Seorang yang percaya tidak mampu berjalan sendiri tanpa pimpinan Roh Kudus kerana dia kemungkinan besar akan jatuh sekali lagi, tergoda dengan tipu muslihat iblis dan berbalik kepada cara hidupnya yang lama.

☕ 🍞 Kebangkitan rohani terjadi di dalam hidup kita supaya kita ditebus daripada segala dosa kita, dilepaskan daripada segala belenggu yang mengikat kita, dipulihkan, dibangkitkan kembali dan dibentuk kembali menjadi bejana yang indah. Semua itu hanya akan terjadi apabila kita mengizinkan Tuhan bekerja di dalam hidup kita.

🍛🍚 Di sini, raja Daud mengatakan beberapa perkara dalam ayat ini. Iaitu "Kerana Engkau telah menyelamatkan aku daripada maut..." Tuhan Yesus, HANYA TUHAN YESUS yang dapat menyelamatkan kita daripada maut, kematian yang kekal, neraka. Revival happens so that we will fully be dependent upon the Lord and it is not by our works but by His grace we are saved.

🍡🍿".... dan mengelakkan kakiku daripada tergelincir, supaya aku dapat melangkah... " Roh Kudus memimpin kita dan menetapkan setiap langkah kita. There's no other ways. Only one way and that's God's way. Izinkan Roh Kudus memimpin anda kerana Dia tahu yang terbaik untuk anda. We are capable of destroying ourselves, so don't do it your way, do it God's way.

🍬🍫 "... di hadapan Allah dalam cahaya orang yang hidup." You are revived so that you will shine forth His glory. Berjalanlah di dalam terang Tuhan. Anda adalah garam dan terang dunia ini. Hiduplah di kalangan orang orang terang dan pimpinlah mereka yang masih dalam kegelapan kepada terang-Nya yang ajaib.

Jadi, benar-benarkah anda pasti bahawa anda mengenal Tuhan Yesus? Bagaimana perhubungan anda dengan Tuhan Yesus? Adakah anda sedang mengizinkan Roh Kudus memimpin hidup anda? Adakah anda sedang mengizinkan Tuhan Yesus untuk membentuk hidup anda? Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: