Sunday, May 21, 2017

Revival : Must come out

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🌭 🌮 🌯 🍝 🍖 🍕 🍗 🍟 pagi 🌅 yang menggerakkan kita untuk keluar daripada zon selesa kita. Ayuh kita menikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival : Must come out

John 4:30 (NKJV)  Then they went out of the city and came to Him.

Yohanes 4:30 (TB)  Maka mereka pun pergi ke luar kota lalu datang kepada Yesus.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #141. Tahukah anda bahawa jika anda ingin melihat suatu pekerjaan Tuhan Yesus yang terindah di dalam hidup kita maka kita harus keluar dahulu? Keluar daripada zon ketidakpercayaan anda. Keluar daripada zon ketidaktaatan anda. Keluar daripada zon kedegilan anda. Keluar daripada "Mesir" anda.

☕ 🍞 Kebangkitan rohani hanya terjadi apabila anda mempunyai kehausan yang teramat sangat sehingga kehausan itu menggerakkan anda untuk mencari wajah Tuhan lebih lagi. Kehausan itu harus menggerakkan kita untuk keluar daripada segala keadaan kita. Kehausan itu harus menggerakkan kita kembali kepada Tuhan yang benar. Kehausan itu harus menggerakkan kita untuk lebih menyembah, berdoa, merenungkan Firman Tuhan, bersekutu dengan Tuhan.

🍟🍗Wanita Samaria itu dengan cepat mengundurkan diri dan berlari ke kota, suatu tindakan yang menunjukkan bahwa dia nanti akan kembali dan memberitakan keputusannya untuk memiliki air hidup. Dia melakukan lebih daripada yang diminta oleh Yesus, dengan tidak pergi memanggil satu orang saja, tetapi memanggil orang-orang dari kota itu dan memberitakan pengalamannya yang telah mengubah hidupnya. Kerana dia telah mendapatkan tempat yang di mana dia memperoleh air kehidupan ini, dia begitu bersemangat dan kembali ke kota.

Demikianlah juga dengan kita. Jika Tuhan Yesus telah memenuhi kehausan anda, maka pergilah dan bawa yang lain datang kepada sumber Air Kehidupan ini, Tuhan Yesus Kristus. Mereka yang lain harus dipimpin keluar daripada zon kegelapan mereka. Mereka juga harus keluar daripada kota keselesaan mereka. Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: