Wednesday, May 16, 2018

Revival : Root of all kinds of evil

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣

Revival : Root of all kinds of evil

1 Timothy 6:10 (NKJV)  For the love of money is a root of all kinds of evil, for which some have strayed from the faith in their greediness, and pierced themselves through with many sorrows.

1 Timotius 6:10 (TB)  Karena akar segala kejahatan ialah cinta uang. Sebab oleh memburu uanglah beberapa orang telah menyimpang dari iman dan menyiksa dirinya dengan berbagai-bagai duka.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #136. Tahukah anda bahawa cinta akan wang menggerakkan kita untuk melakukan apa saja? Show me the money... 💰 💰 💷. Jangan kita menjadi hamba wang. Manusia sanggup melakukan apa sahaja hanya kerana wang. Siapa yang tidak memerlukan wang? Setiap orang perlukan wang tetapi janganlah wang itu yang control hidup kita. Sesetengah orang sanggup korbankan anaknya atau apa saja miliknya kepada pemujaan setan hanya kerana mau jadi kaya dan memiliki banyak harta. Cinta akan wang boleh mengubah pribadi seseorang sehingga dia sanggup membunuh.

☕ 🍞 Jikalau wang yang menjadi "tuan" atas hidup anda, maka anda akan selalu melakukan apa saja untuk mendapatkannya. Kadang orang melakukan pelayanan pun atas dorongan mendapat pemberian kasih. Kadang motivasi kita untuk mendapatkan wang sudah menyimpang daripada kebenaran-Nya.  Kadang disebabkan cinta akan wang, kita sanggup menggadaikan kebenaran serta keadilan dan sanggup menerima penipuan dan penindasan. Kadang disebabkan oleh cinta akan wang, kita sanggup tinggalkan Yesus dan kebenaran-Nya. Memiliki harta dan kekayaan bukanlah satu dosa. Namun, harta kekayaan itu tidak dapat kita bawa ke kuburan kita.

Tuhan Yesus mau memberkati kita namun janganlah berkat itu yang menjadi fokus utama kita. Salah sudah itu...! People may have money, and yet not love it; but if they love it, this will push them on to all evil. Every sort of wickedness and vice, in one way or another, grows from the love of money. Gunakanlah harta kekayaan anda untuk memuliakan Tuhan dan bukannya menjadi tamak dan egois kerana anda kaya dan berharta. Apakah yang sedang kita cari hari ini? Harta kekayaan ataupun Tuhan Yesus? Apakah yang sedang kita kejar hari ini? Wang kekayaan dan berkat ataupun semua itu yang mengejar anda kerana anda setia kepada-Nya? Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: